Tuesday, 13 October 2015

Perkeso mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka.

SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka.

Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja.

“Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, Perkeso turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan.

“Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.

“Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen malah juga beri alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau kalau perlukan dialisis.

"Kita cuba bantu supaya keluarganya tidak terbeban dan dia pun boleh hidup selesa hingga akhir hayatnya,” katanya.

Katanya, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun.

“Sekiranya penerimanya meninggal walaupun ketika itu dia berusia 100 tahun, pencen itu boleh diwarisi oleh warisnya. Ramai orang tak tahu tentang perkara ini.

“Ini bentuk kebajikan yang kami pulang balik kepada pencarum.

"Kita mahu menjaga kebajikan pekerja dan orang yang ditanggungnya,” katanya.

Waktu solat 13/10/2015

Waktu Solat bagi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat - 13/10/2015

Imsak : 5:35 am
Subuh : 5:45 am
Syuruk : 7:01 am
Zohor : 13:04 pm
Asar : 16:20 pm
Maghrib : 19:05 pm
Isyak : 20:14 pm

Selamat datang kepada ahli yang baru masuk group Whatsapp Broadcast Info Bukit Kapar

Ahlan wa sahlan
Selamat datang kepada ahli yang baru masuk group Whatsapp Broadcast Info Bukit Kapar. Walaupun baru beroperasi tapi dah ramai sangat masuk daftar, In Sya Allah pada 16 Okt 2015 (jumaat)  Whatsapp Broadcast Info Bukit Kapar akan di Lancarkan oleh Ketua Kampung Bukit Kapar En Masadan bin Mohsin di Masjid At Taqwa.

INFO BUKIT KAPAR (iBK) ialah satu produk bersama JKKK Kg. Bukit Kapar dan Masjid At-Taqwa bagi menyalurkan Info semasa berkaitan Kg. Bukit Kapar. Info ini juga boleh dilayari melalui Fb: Info Bukit Kapar dan Blog: Info Bukit Kapar. Viralkan pada WARGA Kg Bukit Kapar, suami,  isteri2, anak2, saudara2, rakan2

Diharapkan setiap warga Kampung Bukit Kapar dapat memainkan peranan bagi menyumbang INFO untuk Kampung kita (Info berkaitan Kg Bukit Kapar sahaja)

Sesiapa yg ingin menerima  perkhidmatan percuma Info Bukit Kapar ini sila:
1. Simpan(save) no. 0196921706 dalam contact hp anda dan beri ia nama Info Bukit Kapar (jika tak save anda tidak akan dapat Info Bukit Kapar)
2. Whatsapp NAMA PENUH & KARIAH anda pada 0196921706.

Sunday, 11 October 2015

Sambutan Awal Muharram

Sambutan Awal Muharram di masjid negeri Shah Alam

Kepada sesiapa yg ingin turut serta ke Majlis tersebut boleh hubungi 01119762182. Ini terbuka kepada lelaki dan perempuan
Tarikh: 13 okt 15 hr selasa
Masa :   3.30 ptg kumpul di masjid At Taqwa.
Anjuran : JAIS
Bas di sediakan - percuma

Kursus Menasak

Biro Wanita JKKK Bukit Kapar akan mengadakan kelas buat kuih talam pada hari Khamis 22 Okt jam 9.00 pg di Balai JKKK.  Yuran Rm 5 sahaja. Siape yang nak megikuti kursus sila hubungi 011 19762182