Friday, 3 February 2017
Thursday, 2 February 2017
PROGRAM MALAM JUMAAT & HARI JUMAAT MASJID AT-TAQWA KAMPUNG BUKIT KAPAR
INFO MASJID
PROGRAM MALAM JUMAAT & HARI JUMAAT MASJID AT-TAQWA KAMPUNG BUKIT KAPAR
2/1/2017 (Khamis)
PROGRAM MALAM JUMAAT
- Bacaan Surah Al-Kahfi
di pimpin oleh Imam Masjid At Taqwa
3/2/2017 (Jumaat)
SOLAT JUMAAT
Khatib :
Ust Hj Mohd Akdi Yaakob
Imam 1 Masjid At-Taqwa
Bilal :
Ust Subkhi Hamdani
Pembantu Bilal Masjid At-Taqwa
"Masjid Imarah Ummah Bertaqwa"
✨📝 Sebaran iBK ✨
KULIAH MAGHRIB SURAU HJ. JANGIDIN
INFO SURAU
KULIAH MAGHRIB
02 Feb 2017 (Malam ini)
SURAU HJ. JANGIDIN, BKT KAPAR TENGAH
Ust Endang Wahyudi Yusuf
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿
Semua jemaah dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA
✨📝 Sebaran iBK 📝✨
BANJIR DI KG BKT KAPAR
INFO KETUA KAMPUNG
2.2.2017
BANJIR DI KG BKT KAPAR
Assalamualaikum...
Dukacita lagi sekali banjir berlaku untuk kali yang ke 3 dalam tempoh 10 hari. Ta'ziah dan simpati kepada mangsa-mangsa banjir dari pihak ADUN Meru, Ahli majlis MPK, JKR, JPS, PEJ. DAERAH, JKKK, Kontraktor dan seluruh penduduk Kg Bkt Kapar.
Moga mangsa banjir diberi kekuatan dan terus bersabar.
Untuk makluman pada 31.1.2017, pihak JKKK dibantu petugas-petugas sukarela mengagihkan nasi kepada mangsa untuk makan tengahari dan makan malam.
Pada tarikh yang sama, pihak JKKK lagi sekali mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan agensi berkenaan seperti JKR/MPK/JPS/AHLI MAJLIS MPK/PKM/Konsultan/Kontraktor dan JKKK untuk mencari penyelesaian masalah banjir. Keputusannya pihak kontraktor diarahkan dan bersetuju untuk melakukan perkara berikut:
1. Melebarkan dan mendalamkan lagi perparitan sementara.
2. Menambah jumlah culvert(kelongkong) yang dipasang.
3. Memasang longkang konkrit 'U' bermula dari jalan Iskandar dahulu.
4. Memberhentikan menimbus parit lama yang belum ditimbus dan tidak mengorek perparitan baru yang sementara sehingga kerja-kerja pemasangan longkang konkrit 'U' dimulakan.
5. Menyiapkan pemasangan longkang 1500mm di seberang jalan dengan kadar segera.
6. Menyiapkan pemasangan longkang 'U' dengan kadar segera.
7. Memastikan perparitan tanah yang sementara dalam keadaan bersih dan tidak sempit sepanjang projek berjalan sehingga siap.
Pihak kontraktor akan menjalankan kerja-kerja seperti yang diarahkan sebaik sahaja air surut.
Moga tindakan kontraktor seperti yang diarahkan menghilangkan keresahan dan trauma mangsa-mangsa banjir.
Penduduk dipohon memberi kerjasama sehingga pembinaan siap dijalankan.
Pihak JKKK, Ahli Majlis & PKM akan membuat pemantauan dan progress terhadap cadangan2 tersebut demi memastikan ia dilaksanakan sebaiknya.
Terima kasih,
Masadan Mohsin
Ketua Kampung Bkt Kapar
✨📝 Sebaran iBK ✨
INFO KEMATIAN
INFO KEMATIAN
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...
02.02.2017
Dukacita dimaklumkan Pn.Hjh Sumirah Bt Munodo, beralamat di No 2822 Jalan Ciku off Jalan Kopi, Kariah Darul Aman Kg Bkt Kapar, telah meniggal dunia sebentar tadi di Hospital. Jenazah akan dikebumikan pagi ini.
Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.
Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.
Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ
✨📝 Sebaran iBK ✨
Wednesday, 1 February 2017
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
Bagi anak Selangor yang menuntut di universiti awam (selain UIA, UITM, UPM dan UKM Kampus Selangor) dan swasta seluruh negara, Kerajaan Negeri menawarkan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Sesi Pertama 2017 yang dibuka bermula 1 - 28 Februari 2017.
Untuk permohonan dan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.
http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/