Sunday, 6 September 2015

Biro Wanita JKKK telah menziarahi Ibu-ibu yang selamat melahirkan anak lelaki.

Biro Wanita JKKK telah menziarahi Puan Ummul Attiyah binti Mohd Nooh dan Puan Aimuni Nafiah binti Mohd Shafii di jalan Iskandar pada pagi tadi kerana selamat melahirkan anak lelaki. Tahniah





Saturday, 5 September 2015

Program Solat Hajat Perdana 2015

Program Solat Hajat Perdana utk calon pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan
UPSR, PSRA, PT3, SPM, SMA & STAM telah disempurnakan malam tadi dengan kehadiran yang
menggalakan. Ibu, bapa, anak-anak dan guru-guru telah turut serta dalam solat hajat
berjemaah diikuti dengan sesi Motivasi pelajar selepas maghrib yang di sampaikan oleh
motivator Dr Habib Mat Som hingga tamat jam 9:10 malam dan diikuti solat isyak. Program
itu tadi dianjurkan oleh Masjid At-Taqwa dan kerjasama Biro Pendidikan JKKK Bukit Kapar.











Ringkasan dari motivasi tadi....
Ceramah Motivasi Peperiksaan. 21 Dzulka'dah 1436. Profesor Madya Dr Habib Mat Som. Masjid

At Taqwa Bkt Kapar.
Peperiksaan
*Selalu dikaitkan dgn:
Takut
Cemas
Berdebar
Gelisah
Sedangkan Impian Kita Besar.
*Sebagai seorang muslim senjata kita ialah zikrullah utk menghadapi segala ketakutan,

cemas, berdebar dan gelisah.
*Bila kita takut kita akan tergambar semua wajah2 yg mengharap dihadapan kita.
*Bagaimana mencaoai impian kita.
1. Matlamat yg jelas.
*Hendak capai kemenangan dan kejayaan.
2. Strategi yg betul.
*Belajar mesti betul strategi. Periksa macam nak perang. Belajar berapa jam sehari, bila

nak makan, tidur
3. Usaha Berterusan.
*Jangan banyak tidur. Baca dan ulangkaji berterusan x kira siang dan malam.
*Jangan angan2 tahi ayam.
*Orang siang nak tahu dia akan tidur awal pd malam hari. Siangnya sentiasa segar utk

belajar.
*Orang malam dia tidur sekejap shj dan kerap bangun malam. Gunakan waktu utk belajar.
*Ibu bapa kena kenal pasti anak2nya orang siang atau malam
* Ramai orang hebat adalah orang malam. Para ulamak dan pemimpin dunia ramai orang malam.
4. Membina hubungan positif.
‪#‎Bersangka‬ baik dgn guru kita, bapa ibu kita. Walau lekeh mereka tetap ibu ayah kita.

Cakap baik2 dgn mereka.
‪#‎Ramai‬ yg hebat masa percubaan tapi x cemerlang masa peperiksaan sebenar.
‪#‎Bila‬ hubungan baik ia akan lahirkan gelombang yg baik. Ia mudaj terima pelajaran ke

otaknya dan disimpan dlm hati.
‪#‎Siapa‬ yg x bermimpi pelik.
Mengapa Impian tidak jadi kenyataan?
1. Kawan yg merosakkan.
‪#‎Ibu‬ ayah pastikan siapa kawan2 anak2 kita.
Pastikan kawan yg membina.
# Laporan PDRM 70% anak yg merokok adalah dari kawan2.
‪#‎Dr‬ pernah balik malam jam 2.00 pagi anak anak kampung kita baring di tengah jalan

menghalang laluan orang.
# Ada juga anak2 jam 2 pagi ada yg couple lelaki perempuan. Dimana ibu ayahnya.
# Perihatinlah ibu ayah dgn anak2 kita.
2. Selekeh.
Sebagai pelajar jgn cincai, pergi sekolah mesti smart, pakaian sterika, kasut putih,

bedakkan badan dan kemas.
3. Tidak Istiqamah... Jadikan belajar budaya hidup. Dr kalau x baca buku dlm sehari macam

orang hisap rokoj x dapat rokok.
4. Tiada Sokongan. Bapa tengok tv tapi suruh anak belajar. Sebaik2 ibu ayah akan OFF tv

bila anak2 belajar. Anak2 akan rasa berkecamuk hatinya bila dia belajar ada gangguan dlm

rumahnya.
#Dr baca buku emak tidur di hujung kakinya. Ayahnya goreng cengkodok dan buat kopi utknya.
‪#‎Berjuang‬ satu keluarga utk kejayaan anak2 kita.
5. Tiada Motivasi.
‪#‎Tak‬ bersemangat. Adakan makanan yg berkhasiat kismis, madu, multivitamin, B Kompleks,

susu kambing utk anak2. Beri kekuatan anak2 utk otaknya boleh fokus dan cergas. Boleh

ambil masa yg panjang utk belajar.
‪#‎Jumpa‬ guru2, orang bijak pandai dan minta nasihat mereka.
6. Kaedah belajar yg salah.
Ambil masa belajar yg panjang 3-4 jam tapi tak berkesan.
7. Kawalan diri yg lemah.
‪#‎Mudah‬ terikut yg negatif.
8. Menyendiri.
‪#‎Elakkan‬ belajar sendiri. Belajar berkumpulan, tak faham tanya yg pandai atau telefon

cikgu.
‪#‎Kawan‬ boleh tegur.
9. Emosi terganggu.
‪#‎Jgn‬ peduli apa yg mengganggu dgn ejekan kawan, ibu bapa yg bermasalah, x ada belanja

sekolah.
‪#‎Waktu‬ exam jgn marah dgn anak2. Peluk cium anak2.
#Bila anak2 moody jgn paksa anak2 utk beritahu.
‪#‎Cubit‬, tarik telinga dan marah2 tidak membantu anak2 belajar .
#9 Masalah kita sebab x cemerlang.
1. Tiada motivasi
2. Suka bertangguh
3. Tiada wawasan
4. Lemah setiakawan
5. Suka berseronok
6. Mudah terpengaruh
7. Menyalahkan
8. Malas
9. Terikut2 trend
‪#‎5L‬ x cemerlang.
1. Lesu
2. Lambat
3. Lemah
4. Lembab
5. Longgar.
‪#‎Pujilah‬ diri sendiri. Raikan diri sendiri dgn makan aiskrim bila berjaya.
Tip Kejayaan
1. Tentukan hala tuju yg jelas.
‪#‎Sesiapa‬ yg rajin mengeluh akan memutuskan saraf2 otak kita.
2. Menyedari setiap perjuangan akan ada rintangan, halangan dan cubaan.
3. Menyedari kita adalah ciptaan Allah yg hebat.
4. Impian perlu dilaksanakan.
5. Impian perlu dilaksanakan secara berjamaah.
Jauhilah
‪#‎Jiwa‬ kosong
‪#‎Menghukum‬ diri
‪#‎Negetif‬/Pesimistik
‪#‎Sikap‬ sambil lewa
‪#‎Perselisihan‬/konflik
‪#‎Perkara‬ yg merosakkan
Emak ayah bila nak periksa anak jgn buat perkara yg nerosakkan.
1. Makan sambal tahun pedas sampai sakit perut.
2. Naik motor ramai2 hingga eksiden. Ibu ayah simpan kunci motor jgn beri pd anak2.
3. Tahan dlm rumah utk buat ulanng kaji.
#Siapa yg belajar dgn perut yg kosong akan balik bawa otak yg penuh. Siapa yg belajar dgn

perut yg penuh akan balik bawa otak yg kosong.
‪#‎Nak‬ berjaya perlu masa yg panjang.
Wallahu'alam .. Moga ada manafaatnya.

Friday, 4 September 2015

Lawatan Muslimat Bukit Kapar ke Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015

03 Sept 2015
Lawatan Muslimat Bukit Kapar ke Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 di Putrajaya yang di anjurkan oleh mini RTC. Seramai 44 orang telah menyertai program tersebut dengan menaiki bas dari mini RTC Bukit Kapar jam 9.30 pagi ke Putrajaya.
Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada wanita supaya dapat bertemu dan berkongsi ilmu dengan usahawan usahawan yang telah berjaya disamping dapat melihat dan membeli produk produk yang dihasilkan.










Thursday, 3 September 2015

Jadual Pengajian Masjid At-Taqwa Kg. Bukit Kapar


Solat Hajat Perdana 04 Sept 2015 Masjid At-Taqwa

Solat Hajat Perdana utk calon UPSR, PSRA, PT3, SPM, SMA & STAM pada 04 Sept 2015 jumaat 7:00 malam di Masjid At-Taqwa anjuran Masjid At-Taqwa & Biro Pendidikan JKKK Bukit Kapar



Tazkirah Ustaz


Ziarah Yb Dr Hj Abd Rani bin Osman ke Kg Bukit Kapar

Ziarah Yb Dr Hj Abd Rani bin Osman ke Kg Bukit Kapar

 


 Muhamad Nurfirdaus bin R. Azmi 17 Tahun Lot 6409 Jln Seri Jaya
Kemalangan jalan raya dua bulan lepas di hadapan Top Glove



Mohd Masran bin Surat - 66 tahun Lot 2832 Jalan Belimbing
Stroke/Gout