Tuesday, 17 May 2016
INFO AD-DEEN Hadis Sunan At-Termizi
INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2446.
Bundar menceritakan kepada kami, Umar bin Yunas memberitahukan kepada kami, Ikrimah bin Ammar memberitahukan kepada kami, Saddad bin Abdullah menceritakan kepada kami, saya mendengar Abu Umamah berkata :
Rasulullah S.A.W bersabda :"Hai anak cucu Adam sesungguhnya kamu kalau memberikan harta kelebihan adalah lebih baik bagi mu dan kalau menahannya adalah berakibat jelek terhadap diri mu dan kamu tidak akan dicela kerana kesederhanaan dan mulailah bersedekah kepada orang yang menjadi tanggung jawabmu, dan tangan di atas lebih baik dari pada tangan di bawah".
Ini adalah hadis hasan sahih, dan Syaddad bin Abdullah dipanggil dengan Abu Amar.
Monday, 16 May 2016
Serahan Kek sempen hari guru
INFO KG BKT KAPAR
16.5.2015
Hari ini 16.5.2016 adalah sambutan HARI GURU 2016 dengan tema sambutan 'Guru Pembina Negara Bangsa'.
Pada kesempatan ini Dr Abd Rani b Osman (ADUN Meru) dan Ketua Kg Bkt Kapar serta petugas PKM dan ahli JKKK juga seluruh penduduk Kg Bkt Kapar mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua penduduk Kg Bkt Kapar yang bergelar guru, ustaz, ustazah, muallim, teacher ,pensyarah dan sebagainya.
Bagi mengenang jasa guru pihak ADUN Meru bersama JKKK Kg Bkt Kapar menghadiahkan kek kepada sekolah-sekolah di sekitar Kg Bkt Kapar.
Jasa guru amatlah besar dalam mendidik anak-anak murid untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Moga jasa guru terus dikenang hingga bila-bila dan didoakan guru terus berkhidmat dengan ikhlas, sabar, tabah, cekal dan bersungguh-sungguh dan seterusnya amal baik guru semua diganjari pahala yang melimpah dan dikurniakan keberkatan dan kerahmatan oleh ALLAH SWT.
'SELAMAT HARI GURU'
100 TAHUN KG BKT KAPAR
INFO AD-DEEN Reset Minda Guru oleh Prof Dr Muhaya.
INFO AD-DEEN
Reset Minda Guru oleh Prof Dr Muhaya.
Sebagai peringatan unt diri sy n shbt2..semoga bermanfaat.
1. Guru ialah orang memberi ilmu. Seorang guru mudah masuk syurga dan mudah juga masuk neraka.
2. Jika guru fokus apa yang dapat dalam kerjaya guru, guru tidak akan bersemangat.
3. Jadikan diri kita Hamba Allah yang taat dahulu, nescaya kemegahan dunia & penghargaan manusia akan datang sendiri.
4. Niatlah menjadi guru kerana Allah, tujuan hidup, mencari redha Allah dan ladang pahala.
5. Guru perlu mengubah minda dengan menjadikan KPI Allah SWT ( Aqidah + Ibadah + Akhlak) menjadi tujuan utama dalam proses pembelajaran, bukannya KPI manusiawi dan duniawi.
6. Jangan jadi guru yang malang, memaksa murid cemerlang dalam peperiksaan untuk mengejar status & populariti diri.
7. Jangan jadi guru yang sentiasa mencari kesilapan muridnya, carilah potensi, kebaikan dan kehebatannya.
8. Bukan guru disiplin tetapi guru kasih sayang. Fikir setiap perkara atau tindakan yang dilakukan akan kebaikannya. Jika perlu marah kanak-kanak atau murid marahlah kerana sikapnya bukan dirinya sebagai insan.
9. Guru tolong sayang anak murid seperti anak-anaknya.
10. Mengajar bukan untuk menunjuk pandai tetapi dengan niat memberi manfaat.
11. Jangan rasakan diri kita lebih baik daripada orang lain kerana ia tanda awal kejatuhan diri kita.
12. Jangan selalu mengherdik. Orang yang cepat marah harga dirinya rendah.
13. Orang yang selalu beri manfaat, masalahnya akan berkurangan. Orang yang selalu memberi masalah kpd org lain, masalahnya sendiri tak akan prnh selesai.
14. Ilmu bukan milik kita, semua ilmu milik Allah SWT: Usah berbangga atau riak dengan ilmu yang ada.
15. Lihatlah anak murid sebagai individu yang tiada batasan kebolehan dan berpotensi besar.
16. Jadilah manusia hebat yang mengubah persekitaran dan manusia di sekelilingnya.
17. Jangan jadi manusia yang menghancurkan hidup anak murid dengan mencerca dan mengutuk kelemahan murid.
Semoga jd peringatan buat diriku yg selalu lupa
- Prof. Dr. Muhaya
📚📚📚📚📚📚📚