Sunday, 30 July 2017

INFO TABUNG HAJI

INFO TABUNG HAJI

30.7.2017
JEMAAH HAJI TERPILIH TIDAK PERLU RISAU JIKA MENGHADAPI KELEWATAN MENDAPAT VISA

Kuala Lumpur, 30 Julai 2017. Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan terdapat sebilangan kecil merangkumi kurang daripada 1% jumlah jemaah haji yang kini menghadapi kesulitan kelewatan penerbangan ke Tanah Suci. Kelewatan ini berkaitan dengan urusan  visa haji.

Untuk makluman, kelulusan untuk mendapatkan visa perlu melalui proses yang terperinci untuk setiap jemaah haji termasuk data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan dan sajian serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

Kelewatan pengeluaran visa disebabkan terdapat permohonan yang terlalu tinggi dalam sistem tersebut yang terpaksa mengendali jutaan permohonan jemaah haji dari seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, TH dan Kedutaan Arab Saudi sentiasa bekerjasama dan memantau pada setiap masa untuk mendapatkan dan mencetak visa jemaah haji yang terlibat termasuk pada hari cuti hujung minggu. TH optimis masalah ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat dan kesemua para jemaah terpilih akan meneruskan perjalanan dan urusan mereka akan dipermudahkan, insyaallah.

TH juga memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh jemaah haji.  TH juga ingin menasihati agar jemaah haji yang sedang menghadapi masalah kelewatan visa untuk bersabar kerana proses mendapatkan visa haji sedang giat dijalankan.

Para jemaah akan diterbangkan ke Tanah Suci sebaik sahaja visa diperolehi. TH turut menyediakan tempat penginapan dan makanan di Kompleks Haji Kelana Jaya kepada jemaah haji yang terlibat, di mana kos berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak TH.


Bahagian Hal Ehwal Awam dan komunikasi Korporat
Lembaga Tabung Haji
 
✨📝Hebahan iBK✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

30/7/2017(Ahad)
Dukacita dimaklumkan En. Mohammed Som bin Sitor ( Asal duduk Kariah Masjid) tinggal di Lot 5460 Jalan Bahagia , Kariah Hamdani, (rumah sewa wak Juperi) telah meninggal dunia lebih kurang jam 1: 30ptg tadi.
Jenazah akan disembahyangkan lepas isya' di Surau Hj Hamdani dan seterusnya jenazah  akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bkt Kapar.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَل ْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

Friday, 21 July 2017

INFO SYABAS

INFO SYABAS

21hb Julai 2017
3.50 petang, Jumaat

Gangguan Bekalan Air Sementara di *Wilayah Klang / Shah Alam* ekoran insiden kejadian paip pecah bersaiz 200mm PVC di  BKP109 Jalan Surau, Jalan Meru Tambahan, Bukit Kapar, Meru, Klang.

Kawasan-kawasan  terlibat adalah seperti berikut :

1. Jalan Meru Tambahan.

Bekalan akan dibuka sejurus kerja-kerja pembaikan yang dijangkakan *siap pada jam 10.00 malam, 21hb Julai 2017* dengan pemulihan bekalan adalah secara berperingkat.

✨📝 Hebahan iBK ✨

Monday, 17 July 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

16-07-2017 (Ahad)
Dukacita dimaklumkan bahawa Dedek Rezeki Tanjung yang tinggal di Lot 5334 Jalan Bahagia Bukit Kapar telah meninggal dunia pada pukul 9.30 malam tadi.
Jenazah akan dikebumikan pada esok pagi.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

Sunday, 16 July 2017

INFO KAMPUNG

INFO KAMPUNG

Kampung Bukit Kapar ada 12 kariah. Tiap2 kariah ada surau nya masing2 kecuali kariah masjid ada masjid. Tiap2 kariah ada pengerusinya masing2.

1. Kariah Hamdani - Surau Haji Hamdani di jalan Bahagia.
Pengerusi: Ust Hj Sukaimi B Kamari.

2. Kariah Sebaya - Surau Riadhussolihin di Jln Surau Sebaya.
Pengerusi: Hj Ismail B Johari.

3. Kariah Batu8 - Surau Al-Falah di Jln Meru Tambahan.
Pengerusi: Ust Hj Mohd  Maaruf B Mohd Mindar.

4. Kariah Taman Sri Cerakah - Surau Haji Mokhri.
Pengerusi: Tn Hj Zahari B Rahmat.

5. Kariah Seri Jaya - Surai As-Sobirin Jln Seri Jaya.
Pengerusi: En Nasir B Jupri.

6. Kariah Jaya setia - Surau Az-Zubir di Jln Jaya Setia.
Pengerusi: Ust Hj Mohd  Shuib B Ismail

7. Kariah Setia Jaya -  Surau Al-Islah di Jln Bahagia.
Pengerusi: En Khairul Anuar B Saimun.

8. Kariah Paya Barat - Surau Darussolahiyyah di jln Paya Barat.
Pengerusi: Tn Hj Tamami B Jaafar.

9. Kariah Bukit Kapar Tengah - Surau Haji Jangidin di jln Iskandar.
Pengerdusi: Tn Hj Ismail B Habib.

10. Kariah Bukit Dusun - Surau Al- Huda di Jln Dusun.
Pengerusi: En Azman B Sardi.

11. Kariah Lapis 7 - Surau Darul Aman di Jln Kopi.
Pengerusi: Ust Hj Mansur B Mokhtar.

12. Kariah Masjid - Masjid At-Taqwa di Jln Iskandar.
Pengerusi: Cikgu Hj Jasman B Mohd Barum.

INFO BUKIT KAPAR
Dalam Group Whatsapp Broadcast Info Bukit Kapar, penduduk Kampung Bukit Kapar dibahagikan mengikut Kariah masing2 supaya jika ada sesiapa yang nak sebar info sebagai contoh.. jemputan kahwin bolehlah guna iBK untuk sebaran tersebut mengikut keperluan samaada:

1. Sebaran semua (seluruh kampung )

2. Sebaran mengikut kariah yg tertentu sahaja.

PERCUMA❗

iBK tidak terima sebaran iklan perniagaan❗

Apa2 teguran atau cadangan berkaitan Kampung Bukit Kapar bolehlah pm terus kepada admin iBK utk disampaikan kepada JKKK Bukit Kapar atau pihak Masjid At-Taqwa untuk tindakan selanjutnya.

✨📝 Hebahan iBK ✨

Saturday, 15 July 2017

INFO SURAU

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
16/7/2017 (Ahad)

1. SURAU AL-ISLAH
Kariah Setia Jaya
Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal

2. SURAU DARUL AMAN
Jalan Kopi (Kariah Lapis 7)
Ustaz Faryzan Subhi

3. SURAU HAJI JANGIDIN
Jln Iskandar (Kariah Bkt. Kapar Tengah)
Ust Suhaini Wakid

Semua di jemput hadir
🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁

✨📝 Hebahan iBK ✨

WANG TAK DITUNTUT

INFO AM

WANG TAK DITUNTUT

Mungkin ramai yang tidak mengetahui rupa-rupanya ada sejumlah wang milik kita di dalam bank, firma atau syarikat yang tidak dituntut sejak bertahun-tahun lamanya.

Malah, kita sendiri sebenarnya lupa atau tidak tahu tentang kewujudan wang tersebut.

Ramai juga yang tidak tahu semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara.

Manakan tidak, kini terdapat sebanyak RM5.6 bilion jumlah terkumpul WTD dilaporkan masih gagal diserahkan kepada empunya kerana tiada tuntutan dibuat.

Bahkan, penulis sendiri mengalami keadaan ini - tidak tahu yang diri sendiri sebenarnya mempunyai sejumlah wang daripada akaun sebuah bank yang tidak aktif lebih tujuh tahun lalu.

Hanya mengetahui mengenainya selepas membuat semakan di kaunter Pendaftar WTD yang kini dibuka di lokasi awam.

Itu pun selepas mengetahui tentang kewujudan WTD ini setelah menemubual Pengarah Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara, Datuk Zamimi Awang baru-baru ini.

Cara membuat semakan cukup mudah, hanya serahkan MyKad di kaunter atau hadir sendiri di mana-mana Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri.

Pegawai bertugas akan semak melalui sistem dan tidak sampai lima minit kita akan dapat tahu jika mempunyai WTD.

Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan.

Penulis agak teruja selepas diberitahu mempunyai wang RM150 iaitu daripada akaun simpanan CIMB yang tidak aktif selepas tujuh tahun.

Cuba mengingatkan kembali tentang akaun tersebut, kemudiannya baharulah menyedari yang pernah membuka akaun bank itu semasa belajar dahulu, iaitu sekitar tahun 2001 untuk kemasukan wang biasiswa.

Selepas menukar akaun bank lain kerana tamat belajar, sudah tidak peduli dengan akaun lama sedangkan masih berbaki duit simpanan walaupun kecil jumlahnya.

Anda mungkin mempunyai pengalaman serupa. Wang tak dituntut bukan hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif, tetapi berkemungkinan bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama bekerja atau mana-mana firma yang mempunyai kaitan dengan kita.

Syarikat-syarikat berkenaan mungkin gagal menyerahkan sendiri wang hak kita itu kerana pertukaran alamat dan maklumat peribadi yang tidak lengkap.

Maka, pihak terbabit akan menyerahkan wang itu kepada Pendaftar WTD yang bertanggungjawab membayar balik WTD kepada empunya wang itu.

Sebenarnya, hebahan mengenai WTD kepada orang ramai telah pun dibuat melalui pewartaan kerajaan yang disimpan di Perpustakaan Negara.

Apa pun yang dikesali ada dalam kalangan kita menimbulkan persepsi negatif dengan membuat tuduhan tidak berasas bahawa wang itu akan digunakan kerajaan sebagai ‘wang kecemasan’ untuk tujuan pembangunan kerana kekurangan hebahan dibuat.

Tuduhan tersebut tidak benar sama sekali kerana kerajaan akan membayar semua wang kepada empunya yang diterima daripada syarikat dan firma tanpa dikurangkan walau satu sen pun kerana Bahagian WTD hanya bertindak sebagai pemegang amanah untuk membantu menyerahkan wang kepada yang berhak.

Tuntutlah wang anda..
💵💵💵💵💵💵💵

✨📝 Hebahan iBK ✨