Saturday 15 October 2016

KEUTAMAAN SOLAT SUNAT QABLIAH SUBUH

*INFO AD-DEEN*

*KEUTAMAAN SOLAT SUNAT QABLIAH SUBUH*

Solat 2 Rakaat (Sebelum) Solat Subuh Itu Lebih Baik Daripada Dunia Dan Segala Isi Buminya

(Hadith riwayat Al-Bukhari : 1093, Muslim : 1191 , Abu Dawud : 1063, Ahmad : 23038)

_Maksud hadith :-_
Telah menceritakan kepada kami Bayan bin 'Amru telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Ibnu Juraij daripada 'Atho' daripada 'Ubaid bin 'Umair daripada 'Aisyah radhiallahu 'anha berkata: "Tidak ada solat sunat yang lebih dijagai Nabi s.a.w  lebih daripada dua raka'at Fajar (sunat qabliah subuh)".

Diriwayatkan hadith dari Qatadah hadith dari Zurarah b Aufa hadith dari Said b Hisyam hadith dari Aisyah hadith dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: Dua rakaat solat (sunat) sebelum Solat Fajr (Subuh) itu lebih baik dari (nilainya dari nilai) dunia dan seisinya.)
[Hadith Muslim, Kitab Solat] 

📝 Sebaran iBK 📝

No comments:

Post a Comment