Pengenalan
NAMA
KAMPUNG : KAMPUNG BUKIT KAPAR
MUKIM : KAPAR
DAERAH : KLANG
KAWASAN
PARLIMEN : P109 KAPAR
KAWASAN
DUN : N42 MERU
KELUASAN : 21.25 km2
KAMPUNG BUKIT KAPAR
Kampung Bukit Kapar Telah Dibuka Pada Sekitar Tahun 1918. Pada awalnya, kampung ini. dibuka oleh sekumpulan penduduk awal yang diketuai oleh Tuan Hj Abdul Wahid bin Ahmad. Mereka ini merupakan penduduk di Kampung Kapar yang sering berulang alik mengerjakan tanah dikawasan berhampiran. Pada masa lalu, kawasan hutan yang belum diteroka merupakan tempat yang paling disukai oleh orang-orang Jawa dahulu kerana mereka datang ke kawasan ini mereka tidak mempunyai harta benda.
Kawasan tempat tinggal mereka di Kampung Kapar tanahnya agak landai. Keadaan kumpulan peneroka ini sering berulang alik dari Kampung Kapar untuk mengerjakan tanah di kawasan bukit tersebut menyebabkan ada sebahagian penduduk kampung yang bertanya setiap kali mereka hendak pergi dan pulang dari mengerjakan tanah bukit tersebut. Apabila ditanya hendak kemana atau dari mana mereka sewaktu dalam perjalanan ke bukit, maka mereka akan menjawab, “Kebukit.” Apabila pulang dari bukit dan ditanya hendak ke mana, maka akan di jawab, ” Balik ke Kapar.” Maka wujudlah nama Bukit Kapar dan kekal hingga sekarang ini dikenali sebagai Kampung Bukit Kapar.
Selanjutnya, kawasan bukit yang mula-mula dibuka ialah bahagian sebelah barat, sementara kawasan yang lain diterokai kemudian. Pada masa itu, di Kampung Bukit Kapar dikatakan ramai orang yang dianggap pendekar dan pandai dalam ilmu persilatan dan pertahanan diri. Salah seorang Pendekar yang tertua dan terkenal disini pada masa lalu ialah Ahmad Pendekar atau Mat Pendekar yang datang dari Tanjung Karang. Penduduk -penduduk di sebelah Tanjung Karang memanggil Pak Mat Pendekar ini degan nama gelaran Ahmad Kerak kerana kegemarannya makan kerak nasi. Beliautelah datang dan menetap di Kampung Bukit Kapar dan membuka gelanggang persilatan mengajar anak-anak muda kampung bersilat.
Kehidupan di kampung pada waktu itu amat rukun dan damai. Golongan pendatang ramai yang datang kesini mencarim rezeki dan setiap kali sessuatu kawasan dibuka mereka pasti akan mendirikan surau terlebih dahulu. Itulah cara atau sistem orang-orang dahulu mencari ilmu. Mereka ini berasal dari banyak tempat seperti Jawa Tengah dan Jawa Timur terutama dari kawasan kebumin. Perbezaan di antara orang-orang Jawa yang datang dari pelbagai daerah di Tanah Jawa ialah dari segi dialek bahasa pertuturan yang digunakan
1.
Haji Abdul Wahid bin Ahmad 1918 - 1940
2.
Haji Abdul Latif bin Haji Sidek 1940 - 1945
3.
Haji Johar bin Kasan 1945 - 1950
4.
Haji Iskandar bin Haji Johar 1950 - 1979
5.
Haji Mohd Zaid bin Haji Alias 1979 - 2006
6.
Haji Ismail bin Haji Noor 2006 - 2008
7.
Haji Shafie bin Haji Sulaiman 2008 - 2014
No comments:
New comments are not allowed.