Friday 30 September 2016

Kerja2 persiapan tapak utk program Kanival Jelajah Infratani

30.9.2016
Kerja2 persiapan tapak utk program Kanival Jelajah Infratani Dun Meru 2016 telah bermula..

VIRAL BERKAITAN PENDAFTARAN PEMILIH ADALAH TIDAK BENAR

KENYATAAN MEDIA

*VIRAL BERKAITAN PENDAFTARAN PEMILIH ADALAH TIDAK BENAR*

Berhubung mesej yang diviralkan di media sosial berkaitan tarikh 30 September 2016, Jumaat ini sebagai tarikh tutup pendaftaran yang melayakkan seseorang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika diadakan pada Mac 2017 adalah andaian pihak tertentu semata-mata dan ianya tidak benar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun di mana selepas tarikh 30 September 2016 orang ramai masih boleh terus mendaftar.

Sebagai makluman tarikh 30 September itu merupakan tarikh akhir bagi pendaftaran yang akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2016. Selepas tarikh itu bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2016,  mana-mana orang yang mendaftar akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Keempat 2016.

SPR mewartakan Daftar Pemilih Tambahan berdasarkan Suku Tahun iaitu Suku Tahun Pertama (Jan - Mac), Suku Tahun Kedua (April-Jun), Suku Tahun Ketiga (Julai-September) dan Suku Tahun Keempat (Oktober-Disember).

SPR menyarankan supaya orang ramai yang masih belum mendaftar sebagai pemilih agar mengambil peluang mendaftar dengan segera tanpa menunggu di saat akhir atau disebabkan oleh viral tertentu sahaja.

Mendaftar sebagai pemilih dan mengundi semasa pilihanraya adalah tanggungjawab sebagai seorang warganegara.

Jangkaan bahawa PRU14 akan berlaku pada Mac 2017  merupakan andaian pihak tertentu sahaja. Penentuan pembubaran Parlimen adalah dibawah bidang kuasa YAB Perdana Menteri.

Disamping itu juga SPR ingin menjelaskan bahawa kaedah pendaftaran yang digunapakai sekarang adalah memerlukan seseorang itu hadir sendiri ke kaunter pendaftaran SPR atau mana-mana kaunter pejabat pos berkomputer atau melalui Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik oleh SPR. Mereka perlu membawa bersama kad pengenalan yang asal dan mengisi Borang A.

Viral yang menyatakan bahawa pendaftaran pemilih boleh dilakukan menerusi kaedah pesanan ringkas (sms) atau aplikasi whatsApp dengan menghantar salinan gambar kad pengenalan ke nombor talian tertentu adalah tidak benar. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan mesej yang diviralkan itu kerana dibimbangi maklumat peribadi mereka akan disalahgunakan oleh pihak tertentu.

SPR juga ingin mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan logo SPR tanpa kebenaran dalam paparan mereka untuk mempromosi usaha mendaftar pemilih oleh pihak mereka kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Putrajaya

Tarikh: 29 September 2016

Kuliah Maghrib Khas Masjid At-Taqwa malam ini

INFO KEMATIAN

*INFO KEMATIAN*
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

30.9.2016 (Jumaat )
Dimaklumkan bahawa Muhammad Hafiidh Al Haq bin Mohd Razif ( Pemilik Perniagaan Burger Mc Kampung Jln Kopi) beralamat Taman Desa Kencana Lorong Lapis 7 Kariah Darul Aman Lapis 7 telah kembali ke Rahmatullah malam tadi.
Jenazah akan diuruskan pagi ini di rumah bapanya di Batu 7 Jalan Meru Tambahan dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Meru.

Moga rohnya diampuni dan dilimpahi rahmat serta kasih sayang ALLAH SWT.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya, moga sabar dengan ketentuan dan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

INFO AD-DEEN

*INFO AD-DEEN*

AYUH KITA PERBANYAKKAN LAGI SELAWAT DI HARI JUMAAT!

Daripada Abu Aus bin Aus r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca *selawat* kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti)."
Hadis Riwayat Abu Daud.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Hadith Sahih. Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [Sila rujuk HR An-Nasaie-1271 ]
🕌🌿🕌🌿🕌🌿🕌

INFO KEMATIAN

*INFO KEMATIAN*
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

30.9.2016 (Jumaat )
Dimaklumkan bahawa anak menantu Hj.Salleh b.Tahir bernama Rosdi b.Warijan - Lot 2316 Jalan Iskandar Kg Bukit Kapar telah kembali ke Rahmatullah malam tadi.
Jenazah akan diuruskan pagi ini...

Moga rohnya diampuni dan dilimpahi rahmat serta kasih sayang ALLAH SWT.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya, moga sabar dengan ketentuan dan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

Wednesday 28 September 2016

Kuliah Maghrib Masjid At-Taqwa malam ini

Karnival Jelajah Infratani Dun Meru

Kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaran jalan & perparitan di Kg Bkt Kapar

*INFO KG BKT KAPAR*

28.9.2016
Hari ini sedang giat dijalankan di sekitar Kg Bkt Kapar kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaran untuk keselesaan penduduk Kg Bkt Kapar, seperti menurap semula Jalan Belimbing, menaik taraf Jalan Hampa dan kerja-kerja mengorek dan membersih perparitan di seluruh kampung Bkt Kapar.

Mudah-mudahan jalan-jalan yang lain yang masih perlu dinaik taraf dan diturap semula mendapat perhatian dari pihak JKR.

Terima kasih kepada pihak JKR dan JPS.

INFO KESELAMATAN

INFO KERJAYA


   *INFO KERJAYA*

*JABATAN TENAGA KERJA*
     *NEGERI SELANGOR*
      Pusat JobsMalaysia
        Pelabuhan Klang

           Menganjurkan
*Karnival Pekerjaan bagi OKU*
*Peringkat Negeri Selangor*
                  *2016*

🗓 29.09.2016 (Khamis)
⏰09.00 pg - 04.00 ptg
📮Bengkel Daya Klang,
      Persiaran Tengku
      Ampuan Rahimah Jalan
      Batu Unjur 1, Taman
      Bayu Perdana 41200
      Klang, Selangor

🔶Temuduga Terbuka
🔶13 Syarikat
🔶55 perjawatan
🔶1012 kekosongan

*SENARAI MAJIKAN DAN JAWATAN KOSONG*

*1) Dommal Food Services Sdn Bhd*
    - Pembuat Pizza
    - Penghantar Pizza

*2) UEMS SOLUTIONS SDN BHD*
    - Housekeeping Manager
    - Account Executive
    - Chargenab A0/A4
    - Juruteknik
    - Housekeeping Executive
    - Account Assistant
    - Kerani / Clerk
    - Housekeeping
      Supervisor
    - Handyman
    - Pekerja Pembersihan &
       Pencucian

*3) 7 Eleven (M) Sdn Bhd*
    - Assistant Store Manager
    - Store Associate

*4) Sushi Kin Sdn Bhd*
    - Restaurant Manager
    - Asst Restaurant
      Manager
    - Crew Leader
    - Sr. Crew
    - Crew Fulltime
    - Crew Parttime
    - Intern - Restaurant

*5) Aeon Co. (M) Bhd*
    - Pembantu Jualan
    - Pelatih Juruwang
    - Pembantu Pengeluaran

*6) Multiple Reward Sdn Bhd*
    - Penyelia
    - Krew Perkhidmatan

*7) Golden Arches Restaurant Sdn Bhd*
    - Kru Restoran

*8) Mydin Mohamed Holdings Bhd*
    - Cashier
    - Sales Assistant
    - Inventory Assistant

*9) Bens Independent Grocer Sdn Bhd*
    - Trolley Boy
    - Butchery
    - Fruit & Vegetable

*10) Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd*
    - Pelatih Penolong
      Pengurus Restoran
    - Crew Restoran

*11) Home Product Center (M) Sdn Bhd*
    - Sales Section Manager
    - Customer Service Sect
       Manager
    - Cashier Section Manager
    - Good Receiving Manager
    - Delivery Service Manager
    - Schematic Coordinator
    - Inventory Control
      Coordinator
    - Sales Assistant
    - Sales Consultant
    - Cashier
    - Customer Service
       Assistant
    - Loss Prevention
      Manager
    - Loss Prevention Officer

*12) Rakan Riang Sdn Bhd (KIDZANIA)*
    - Marshall (Security &
      Safety Dept)
    - Cashier / Front Desk
      Crew
    - Retail Crew
    - Theme Park Crew
    - Human Resources &
      Admin Executive
    - Content Executive

*13) Safeguards G4S Sdn Bhd*
    - Juruwang

😀... Mohon panjang2kan iklan ini ye... semoga bermanfaat untuk kita semua.

Tuesday 27 September 2016

Karnival Jelajah Infratani Dun Meru

INFO KESELAMATAN

INFO KESELAMATAN

27.9.2016
En. Mat Zin bin Sairan di Jalan Sri Jaya telah dimasuki pencuri.. kejadian baru berlaku selepas waktu zuhur tadi. barang kemas, telefon bimbit dan harta lain hilang.
Mohon penduduk Kampung Bukit Kapar, jiran tetangga lebih berhati hati dan berwaspada.
❗❗❗❗❗❗❗

Kuliah Maghrib Masjid At-Taqwa malam ini

Info Keselamatan Jalanraya

Info Keselamatan Jalanraya

27/09/2016
Kereta ini sudah 2 hari terletak di simpang Jalan Datuk Johar/Jln Iskandar. Bahaya kpd pengguna jalanraya lain. Tiada tanda2 keselamatan diletakkan utk amaran kpd pengguna lain. Mohon pemilik alihkan segera,sblm terjadi perkara x diingini.

🚦🚙🚦🚙🚦🚙

INFO HALAL - SUSHI

INFO HALAL

Ramai Muslim Tidak Tahu Kebanyakkan Sushi Sebenarnya Tidak Halal. Nak Tahu Kenapa?

Hari tu saya ada chatting dengan seorang bekas Chef Masakan Jepun. Kebetulan tengah present kat dia design Logo Budget saya. Beliau pernah kerja kat Suntory Japanese Cuisine..dekat Hilton Hotel Jln Tun Ismail KL.

Chef ni pernah juga kerja kat Tokyo Restoran bangunan Amanah Capital Jln Raja Chulan..restoran ni dah tutup skrng. Juga pernah kerja kat Awana Kijal Resort, Restoran Korean New Ang Kok Kwan dan Sakana Ei. Antara benda yang beliau bocorkan kat saya adalah hampir semua hidangan sushi yang mengekalkan originality standard sushi adalah haram dimakan.

Saya yang peminat tegar Sushi King ni terperanjat setan la kan. Memang saya tahu bahawa Sushi King ni belum dapat sijil halal. Alasannya kerana terlalu banyak supplier jadi susah nk dapatkan pengesahan halal daripada semua supplier.

So saya berbaik sangka lah kat Sushi King tapi bila Chef yang dah otai dalam menyediakan kuliner Jepun sendiri yang bocorkan yg kebanyakan sushi ni tak halal, saya jadi tak mampu berbaik sangka lagi. Nak tahu kenapa?

Ok. Kata chef ni :

+ Pertama : Nasi kepal sushi rasa masam-masam sikit kan? Sebenarnya nasi tu,bila dah masak,mereka akan gaul sedikit cuka dan mirin (4% alkohol)

+ Kedua : Belut (unagi) tu pula dimasak dgn soy sos + sake (40% alkohol)

+ Ketiga : Lagi malang klu mkn kat restoran yang betul-betul punya asli makanan Jepun ni..lepas mkn mereka hidang pencuci mulut ,agar2 dan buah. Agar2 tu di campur dgn jus oren wisky.

+ Keempat : Saya tanya Chef ni. Betul ke terjadi pembaziran air masa nak buat nasi sushi ni. Beliau bagitahu beras California memang kena running water semalaman sbb beras tu sticky

Dia bagitahu lagi, babi mereka tak guna tapi mereka banyak guna arak dalam penyediaan makanan mereka. Chef ni pernah cuba tukar resipi menggunakan bahan yang halal 100% tapi katanya banyak customer yang merungut sebab rasanya tak sama dengan sushi yang asli.

Alhamdulillah Chef ni dah taubat dan dah berhenti jadi Chef makanan Jepun. Beliau tak sanggup dah bersubahat dengan owner restoran untuk buat menu haram ni.

P/s : Ini bukan cerita rekaan. Saya Taufiq Razif bertanggungjawab dengan post ini. Minta tolong sangat-sangat viralkan supaya banyak orang Islam terselamat drp sushi yang tidak halal.

http://www.ohmymedia.tv/infozon/info/ramai-muslim-tidak-tahu-kebanyakkan-sushi-sebenarnya-tidak-halal-nak-tahu-kenapa-4181/

Monday 26 September 2016

Perkerjaan kosong di BlueScope

INFO KESIHATAN - Amalan mengamalkan kurma

INFO KESIHATAN

Amalan mengamalkan kurma selama dua bulan melahirkan anak membantu proses kelahiran. Dalam kajian ini 6 biji kurma diambil. Saya cadangkan lengkapkan tujuh biji.

Faedahnya:
1. The women who consumed date fruit had significantly higher mean cervical dilatation upon admission compared with the non-date fruit consumers.

Wanita yg mengamalkan kurma mengalami pembukaan servix yang lebih besar ketika dimasukkan wad berbanding dgn wanita yg tidak amalkan kurma.

2.  Spontaneous labour occurred in 96% of those who consumed dates, compared with 79% women in the non-date fruit consumers. Use of prostin/oxytocin was significantly lower in women who consumed dates , compared with the non-date fruit consumers.

Kelahiran spontaneous berlaku pada 96% wanita yg mengamalkan kurma, (jadi penggunaan prostin/oxytocin untuk meransangkan kontraksi rahem dan pembukaan servix adalah kurang) berbanding dgn 78% wanita yg tidak amalkan kurma.

3. The mean latent phase of the first stage of labour was shorter in women who consumed date fruit compared with the non-date fruit consumers.

Purata masa untuk pembukaan servix yang sempurna (first stage) bg wanita yang mengamalkan kurma lebih pendek dari wanita yang tidak amalkan kurma.

Rujukan:

J Obstet Gynaecol. 2011;31(1):29-31.

"The effect of late pregnancy consumption of date fruit on labour and delivery."

Boleh amal pengambilan kurma semasa hamil untuk memudahkan proses kelahiran.  Bg wanita yg ada diabetes boleh berbincang dgn doktor dahulu.
*DrZubaidi*
🚑🚑🚑🚑🚑🚑

Kuliah Maghrib Masjid At-Taqwa malam ini

INFO AD-DEEN

Permohonan Kemasukan Murid ke Tkt. 1 Sekolah Kawalan Menengah

INFO PENDIDIKAN

Permohonan Kemasukan Murid ke Tkt. 1 Sekolah Kawalan Menengah (SMKA, KRK, KAA & SAM/ SABK Negeri Selangor 2017 Secara atas talian (Online).

Tarikh : 1 hingga 30/9/2016
Sil layari laman sesawang public.moe.gov.my atau melalui portal www.jais.gov.my

* Mohon PPTAD ingatkan semula semua SRA (SRA, SRAI, SRI, SRII, SRITI) dibawah kawalan tuan/puan agar Ibubapa/penjaga dpt. buat permohonan segera sebelum tarikh akhir pada 30/9/2016 kerana ditakuti permohonan sukar dibuat pada tarikh tersebut kerana talian sesak/sibuk.
📚📚📚📚📚📚

CARA MEMOHON ;
a. Sila layari laman sesawang https://public.moe.gov.my mulai 01 – 30 SEPTEMBER
2016
b. Sila baca dan ikut arahan yang dipaparkan.
c. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 SEPT. 2016 (Jumaat), Jam 12.00 mlm.
d. Sebarang pertanyaan, Sila hubungi Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam
Daerah (UPI, PAID).
e. Status permohonan boleh disemak di https://public.moe.gov.my selepas
18 DISEMBER 2016

Penilayan Sekolah Rendah Agama (PSRA) 1437/2016

INFO KETUA KAMPUNG

*INFO KETUA KAMPUNG*

26.9.2016
Bermula hari ini hingga hari Jumaat anak-anak para pelajar sekolah rendah agama sedang dan akan menghadapi peperiksaan *PSRA*

Mari sama-sama kita doakan moga ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan peperiksaannya dan mereka semua dapat menjawab dengan tenang, sabar, sempurna, tepat dan betul. In sha ALLAH mereka semua beroleh kejayaan... Aamiiiiin...
🌹📚🌹📚🌹📚🌹

Sunday 25 September 2016

INFO PENDIDIKAN

INFO PENDIDIKAN

UNTUK SPM

Ambil masa yang lama untuk dikumpulkan nota padat ini. Harap perkongsian ini dihargai. Please share to other groups..
Whatsapp, Telegram, Wechat & Facebook.

Let’s start sharing knowledge and help others..

Bahasa Inggeris : http://gg.gg/spmbi
Bahasa Melayu : http://gg.gg/spmbm
Bahasa Arab: http://gg.gg/spmarab
  Biologi : http://gg.gg/spmbio
Ekonomi Asas : http://gg.gg/spmeko
Ekonomi Rumah Tangga : http://gg.gg/spmert
EST : http://gg.gg/spmest
Fizik : http://gg.gg/spmfzk
Geografi : http://gg.gg/spmgeo
Kesusasteraan Melayu : http://gg.gg/stra
Kimia : http://gg.gg/spmkmia
Matematik Moden : http://gg.gg/mmode
Matematik Tambahan : http://gg.gg/mattm
Pengajian Al Quran dan As Sunnah : http://gg.gg/alq
Pengajian Syariah Islamiah : http://gg.gg/asyha
Pendidikan Moral :  http://gg.gg/spmmor
Pendidikan Agama Islam : http://gg.gg/spmagm
Perdagangan : http://gg.gg/spmprdg
Prinsip Perakaunan : http://gg.gg/spmakn
Sains Sukan : http://gg.gg/spmssk
Sains : http://gg.gg/spmsns
Sejarah : http://gg.gg/spmsjh
Tasawwur Islam : http://gg.gg/spmtswr
Reka Cipta : http://gg.gg/spmrc
Bg ank yg ambii spm thn ini

Nota PT3 2016. Jika ada anak2, atau kawan2 yang ada anak yang bakal duduki PT3 2016 ni boleh share supaya sama2 berjaya insyaAllah

BM  : http://gg.gg/40zux
BI     : http://gg.gg/40zuz
SEJ    : http://gg.gg/40zv3
PAI   :  http://gg.gg/40zuy
GEO : http://gg.gg/40zv4b
KH    : http://gg.gg/40zv2
MT    : http://gg.gg/40zv0
SN     : http://gg.gg/40zv1
🌻📚🌻📚🌻📚🌻

Kuliah Maghrib Masjid At-Taqwa malam ini

LARIAN 100 TAHUN KAMPUNG BUKIT KAPAR

INFO SUKAN

*LARIAN 100 TAHUN KAMPUNG BUKIT KAPAR*

Pendaftaran akan berakhir 25/9 12 mlm ini.. Kaunter pendaftaran akan dibuka pada 9.00 mlm hingga 12 mlm bertempat di Balai JKKK Bukit Kapar..

Jom sertai..
🏃🏼🏃🏼🏃🏼🏃🏼🏅🏅🏅

LIGA BRAYAN 2016

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

*INFO WANITA*

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Tempat: Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
Masa : 3.00 petang

🌹 26/9/2016 (Isnin)
Ust noraziz- umum

🌹 28/9/16 (Rabu) - ust hidayat - tafsir alquran

🌹 30/09/16 (Jumaat)
Ust khairullah - feqah

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

Saturday 24 September 2016

Friday 23 September 2016

Kuliah Subuh Masjid 24/9/2016

Kuliah Maghrib Masjid At-Taqwa malam ini

MENDAFTARLAH SEBAGAI PEMILIH.

INFO AM

Usia 21 tahun adalah had umur demokrasi bagi sistem pilihan raya Malaysia. Sekali gus memberi makna pertambahan pengundi untuk pilihan raya umum akan datang.

Bilangan pengundi muda yang tidak mendaftar sebagai pemilih amat merugikan perancangan polisi negara pada masa depan. Kelompok generasi muda ini boleh jadi mahasiswa universiti, pekerja muda yang mula memikirkan tentang taraf hidup atau orang muda yang hidup di bandar dan luar bandar. Mereka perlu disedarkan supaya polisi pembangunan yang dirancang nanti memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Diharap, dengan kesempatan waktu yang ada ini dapat dimanfaatkan oleh golongan muda dan belia Kampung Bukit Kapar agar turun ke pejabat SPR atau POS yang berhampiran untuk mendaftar sebagai pemilih. Kepada anak muda Melayu yang selama ini tidak begitu peduli akan perjalanan politik tanah air atau tidak pernah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

*Tolonglah! Tunaikan tanggungjawab anda dengan pergi mendaftar sekarang!*

*MASA HADAPAN NEGARA DITANGAN ANDA. MENDAFTARLAH SEBAGAI PEMILIH.*
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Sunah-sunah Hari Jumaat

JOM DAFTAR SPR

🇲🇾 *JOM DAFTAR SPR* 🇲🇾

*Anda berumur 21 tahun keatas?*

*Belum daftar undi SPR ?*

'JOM DAFTAR SEGERA SEBELUM 30.9.2016....UNTUK LAYAK MENGUNDI SEKIRANYA PILIHANRAYA DIADAKAN AWAL 2017'

Anda boleh datang ke balai JKKK Bukit Kapar untuk *mendaftar melalui Ketua Kg. En. Masadan Mohsin (Penolong Pendaftar Pemilih SPR)*

*Sila bawa Kad Pengenalan*

Tarikh : *22 hingga 24 Sep 2016*
Masa : *9.20mlm - 11.00mlm*
Tempat : *Balai JKKK Bukit Kapar*

*# Hanya untuk daftar pemilih baru, untuk tukar alamat mengundi, sila berurusan di SPR atau pejabat pos*

Thursday 22 September 2016

Pakcik lupa jalan pulang..

MENGAPA PERLU MENGUNDI

ORANG HILANG

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN

Ucapan terakhir Al-Marhom Dato' Harun Din sebelum berangkat ke San Francisco

ORANG MUKMIN YANG HEBAT IALAH.....

1) Dia meninggalkan dunia, sebelum dia meninggal dunia.

2) Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah.

3) Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah.

4) Dia dtg ke masjid sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid.

5) Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal.

InsyaAllah semoga kita semua termasuk dalam 5 golongan INI.
🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻

Wednesday 21 September 2016

Pertukaran alamat mengundi

Operasi Menembak Gagak

Paip pecah - Kg Bukit Kerayong

LARIAN 100 TAHUN KAMPUNG BUKIT KAPAR

*INFO SUKAN*

*LARIAN 100 TAHUN KAMPUNG BUKIT KAPAR*

Tempat: Dewan Serbaguna,  Jalan Kopi
Tarikh: 8 Oktober 2016
Masa: 7:30 Pagi

*SYARAT PENYERTAAN*

*KATEGORI PENYERTAAN*

1. Kanak2 (7-12 Tahun) - LELAKI

2. Kanak2 (7-12 Tahun) - PEREMPUAN

3. Terbuka (13-40 Tahun) - LELAKI

4. Terbuka ( 13-40 Tahun) - PEREMPUAN

5. Veteran ( 41-70 Tahun) - LELAKI

6. Veteran (41 -70 Tahun) - PEREMPUAN

* Yuran penyertaan adalah RM 10.00 setiap peserta.

* Tarikh Tutup Penyertaan : 25 SEPTEMBER 2016

* Jarak Larian. Semua Kategori = 5 km. (Terbuka, Veteran Lelaki, Veteran Perempuan)

*  Peserta hendaklah menamatkan larian untuk layak memerima hadiah melalui laluan yang telah ditetapkan.

*  Keputusan juri adalah muktamad.

* Peserta adalah bertanggungjawab untuk memastikan tahap kesihatan yang sewajarnya bagi menyertai acara ini.

* Nombor dan T-Shirt boleh diambil pada hari:

Khamis, 06 Oktober 2016 (8:00malam - 11:00malam)

Jumaat, 07 Oktober 2016 (10:00pagi - 11:0malam)

di Balai JKKK Bukit Kapar.

* Hadiah disediakan kepada 10 Pemenang bagi setiap Kategori

Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi:
Anuar - 019.216.3771
Azizi - 011.1515.6171
🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅

JOM DAFTAR SPR

🇲🇾 *JOM DAFTAR SPR* 🇲🇾

*Anda berumur 21 tahun keatas?*

*Belum daftar undi SPR ?*

'JOM DAFTAR SEGERA SEBELUM 30.9.2016....UNTUK LAYAK MENGUNDI SEKIRANYA PILIHANRAYA DIADAKAN AWAL 2017'

Anda boleh datang ke balai JKKK Bukit Kapar untuk *mendaftar melalui Ketua Kg. En. Masadan Mohsin (Penolong Pendaftar Pemilih SPR)*

*Sila bawa Kad Pengenalan*

Tarikh : *22 hingga 24 Sep 2016*
Masa : *9.20mlm - 11.00mlm*
Tempat : *Balai JKKK Bukit Kapar*

*# Hanya untuk daftar pemilih baru, untuk tukar alamat mengundi, sila berurusan di SPR atau pejabat pos*

Kuliah Maghrib Masjid At-Taqwa malam ini

Proses, komplikasi & pencrgahan penyakit