Sunday, 18 October 2015

INFO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

INFO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SKIM SEWA MILIK DANASEL DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI.

Skim sewa milik DANASEL Kerajaan Negeri Selangor sekarang dibuka kepada orang ramai.

Di bawah skim ini mereka yang hendak membeli Rumah Kos Rendah tetapi gagal mendapat pinjaman bank boleh menyewa rumah tersebut daripada kerajaan negeri.

Kerajaan negeri akan membeli rumah yang hendak dibeli dan disewakan kepada mereka.

Walau bagaimanapun apabila mereka telah layak mendapat pinjaman bank maka mereka boleh membeli rumah yang mereka sewa itu.

Kerajaan negeri akan menjual rumah tersebut dengan harga jualan yang telah ditolak sebahagian dari sewa yang telah dibayar.

Tetapi sekiranya penyewa-penyewa masih gagal mendapatkan pinjaman perumahan maka mereka boleh terus tinggal di rumah tersebut.

Mereka akan terus membayar sewa sehingga jumlah sewa yang dibayar dapat menampung harga rumah. Ketika itu rumah tersebut akan menjadi milik penyewa.

Skim ini diwujudkan untuk membantu mereka yang hendak membeli Rumah Kos Rendah tetapi gagal mendapat pinjaman perumahan.

2 projek perumahan kos rendah telah dikenalpasti untuk dilaksanakan tahun ini tetapi pelaksanaan bagi 1 projek ditangguhkan oleh kerana terdapat satu kes mahkamah.

Oleh yang demikian peruntukan untuk projek tersebut bagi membeli 180 buah Rumah Kos Rendah akan dibuka kepada orang ramai.

Bagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) di talian 03-5544 7906.

Orang ramai juga boleh datang terus ke pejabat LPHS di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tingkat 5, Podium Utara, Persiaran Sultan, Seksyen 5, Selangor, 40503 Shah Alam pada waktu pejabat.

Laman web LPHS dan syarikatnya di lphs.selangor.gov.my dan www.phssb.com juga mengandungi maklumat tentang skim ini.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor

17 Oktober 2015

Saturday, 17 October 2015

Pelancaran Info Bukit Kapar

''WhatsApp Broadcast info Bukit Kapar'' secara rasminya dilancarkan oleh Datuk Ketua Kampung, En Masadan bin Mohsin. Hari ini, Sebelum Solat Jumaat 16 Oktober 2015 di Masjid At Taqwa. Seluruh warga & penduduk Bukit Kapar dijemput utk mendaftar..

Thursday, 15 October 2015

Sentiasa berwaspada dan tingkatkan aspek keselamatan

Perhatian! Beberapa kejadian jenayah telah berlaku di sekitar Dun Meru. Pastikan kita sentiasa berwaspada dan tingkatkan aspek keselamatan di rumah dan kariah masing-masing.
Balai Polis Meru : 03-3392 2222 / 010 2729 5900
Balai polis Kapar: 03 3250 8222 / 017 407 5330

Wednesday, 14 October 2015

Pelancaran WhatsApp Broadcast Info Bukit Kapar

Viralkan pada WARGA Kg Bukit Kapar, suami,  isteri2, anak2, saudara2, rakan2

Diharapkan setiap warga Kampung Bukit Kapar dapat memainkan peranan bagi menyumbang INFO untuk Kampung kita (Info berkaitan Kg Bukit Kapar sahaja)

Mesuarat Agung Masjid At Taqwa

Awal Muarram 1437

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 

Tuesday, 13 October 2015

Doa Akhir/awal tahun dan Kuliah maghrib disurau Hj Mokri TSC

Insyaallah kuliah maghrib disurau Hj Mokri TSC malam ini akan disampaikan oleh Ust Khairullah b. Hashim, bersempena dengan sambutan maal hijrah.
Tentatif program:
6.45pm - Doa akhir tahun
7.05pm - Solat maghrib
7.30pm - Doa awal tahun
7.40pm - Ceramah maal hijrah oleh Ust. Hairullah b. Hashim

Muslimin/Muslimat ahli kariah dan sahabat2 semua dijemput hadir
#Insyaallah jamuan nasi lemak akan disediakan.