INFO TANAH
TUKAR MINDSET : GERAN ITU LEBIH UTAMA BERBANDING S&P.
1. Beli rumah, tandatangan S&P.
2. Beli sebidang tanah, tandatangan S&P.
3. Beli bahagian tanah, tandatangan S&P.
4. Buat trust deed, tandatangan S&P.
5. Tapi ada tengok tak nama anda didaftar dalam geran sebagai pemilik atau sebagai beneficiary ?
6. Cara nak masukkan nama adalah dengan menandatangani borang 14A. Hanya borang ini saja yang laku dalam proses memasukkan nama kita ke dalam geran.
7. Lepas sign S&P, lepas sign 14A, lepas dapat consent, follow up tak dengan pejabat tanah di unit pendaftaran? Buat carian tak untuk memastikan nama kita didaftar dalam geran ?
8. Ubah mindset, ubah mindset. S&P itu sebagai permulaan ikatan antara penjual dan pembeli. Pengakhirannya adalah pendaftaran nama pembeli ke dalam geran.
9. Ada kes pemaju keluarkan S&P kepada 2 pembeli untuk unit rumah yang sama. Tapi bila buat carian, nama masih lagi atas nama developer. Memorandum Of Transfer (MOT) dengan pembeli pertama pun masih tak dibuat lagi.
10. Ada juga kes, beli bahagian tanah. Sign S&P. Tapi borang 14A pun tak sign untuk pindahmilik bahagian. Masih lagi atas nama pemilik asal. Bila ditanya kenapa tak tukar nama lagi dalam geran? " Eh..kan dah sign S&P ?"
11. Kalau pemilik bahagian tu meninggal dan tak sempat tukar nama kepada pembeli baru camne? Rumah dah cantik terbina tapi nama tiada dalam geran. Anak pemilik asal pulak menuntut pusaka bahagian bapanya itu.
12. Ramai kurang sedar, pendaftaran geran guna borang 14A itu adalah paling utama.
13. Sistem tanah negara kita menggunakan sistem Torren yang mementingkan pemilikan melalui pendaftaran nama dalam geran. Nak nama masuk dalam geran, pastikan tandatangan borang 14A. Ini selaras dengan Seksyen 215, 217 dan 218, Kanun Tanah Negara.
14. Nak tau apa itu Torren System, klik sini https://en.wikipedia.org/wiki/Torrens_title
15. Tukar mindset, kawan ! Pendaftaran nama dalam geran itu adalah maha penting.
🌺🌿🌺🌿🌺🌿🌺
No comments:
Post a Comment