Thursday 31 March 2016

INFO PERNIAGAAN

INFO PERNIAGAAN

PERMOHONAN BAZAR RAMADHAN BERMULA 1 APRIL
Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengeluarkan borang permohonan permit Bazar Ramadan 2016 bermula 1 hingga 30 April ini.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, terdapat sebanyak 37  tapak dan 2000 petak bazar disediakan bagi tahun ini.

"Peniaga yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Pusat Info,Lobi MPK  dan menyediakan beberapa dokumen termasuk mempunyai lesen perniagaan  yang sah daripada Majlis.

“Kadar bayaran bagi tapak jualan makanan RM150 dan RM130 (jika melibatkan tapak pasar malam) dan bayaran tambahan sebanyak RM60 kepada peniaga yang menjual air tebu dan kelapa,” katanya

Norfiza berkata, pemohon juga perlu menunjukkan suntikan Tifoid dan bayaran permit atau perniagaan sedia ada semasa menghantar borang serta wajib menghadiri ceramah kesihatan perdana yang diadakan.

Katanya, bagi Bazar Ramadhan Jalan Taiping,bidaan untuk petak-petak berkenaan akan bermula pada harga RM3,500 dan kaedah berkenaan diwujudkan  bertujuan mengelakkan petak dijual dan disewakan seperti sebelum ini...

📰JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT MPK
💰💰💰💰💰💰💰

No comments:

Post a Comment