Monday 12 September 2016

INFO KETUA KAMPUNG

*INFO KETUA KAMPUNG*

12.9.2016
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL ADHA 1437 H KEPADA SELURUH PENDUDUK KG BKT KAPAR.

ALHAMDULILLAH....dengan rasa penuh kesyukuran kepada ALLAH SWT  pada tanggal 10 Zulhijjah 1437 H kita dan umat Islam di seluruh dunia menyambut Idul Adha yang berkat ini. Pada masa yang sama mengiringinya ialah 2 ibadat yang agung bagi umat Islam  iaitu ibadat haji dan qurban, membawa makna yang besar dalam kehidupan sebagai hamba ALLAH SWT. Kita juga panjatkan kesyukuran di atas kurniaan kemerdekaan negara yang kita sambut ulang tahunnya pada 2 minggu yang lalu.

Ibadah qurban dan haji mengajar kita agar memerdekakan dan membebaskan diri dari dari sebarang unsur syirik dengan mengikhlaskan pengabdian sepenuhnya kepada pencipta sekalian alam.

Moga kita semua tergolong sebagai hambaNYA yang diredhai setiap amal dan perbuatan kita dengan mengambil  pengajaran dan hikmah dari ibadah haji dan qurban.

*SALAAM IDUL ADHA*

No comments:

Post a Comment