INFO AD-DEEN
TEGAHAN MEMOTONG KUKU DAN BULU
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِى الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّىَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
“Jika kalian telah menyaksikan hilal Dzul Hijah ( telah masuk satu Dzulhijah) dan kalian ingin berqurban, maka hendaklah shohibul qurban membiarkan ( tidak memotong) rambut dan kukunya.”[ HR. Muslim ]
Dalam riwayat yang lain :
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلاَلُ ذِى الْحِجَّةِ فَلاَ يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلاَ مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّىَ
“Siapa saja yang ingin berqurban dan apabila telah memasuki awal Dzulhijah (1 Dzulhijah), maka janganlah ia memotong rambut dan kukunya sehingga dia berqurban.”[ HR. Muslim ]
■ INTISARI :
♡~ Makruh memotong kuku dan semua bulu di badan termasuk rambut bagi yang akan melakukan ibadah Qurban bermula 1 Dzulhijah hingga selesai menyembelih korbannya.
♡~ Hanya makhruh ke atas pembuat Qurban sahaja tidak ke atas ahli keluarganya.
■ HIKMAH LARANGAN :
♡~ Supaya lebih banyak anggota badan yang dapat keampunan kerana berguguran dosa dari tubuh pelaku Qurban bila berqurban.
♡~ Supaya menyamai mereka yang sedang berihram haji agar ibadahnya diterima Allah.
■ CATATAN :
Larangan ini MAKRUH sahaja..
● Andaikata ada yg terpotong maka tidaklah berdosa dan tidak juga wajib bayar dam seperti yang langgar ihram haji.
Akhukum Mohd Hazri al-Bindany.
✨📝 Hebahan iBK ✨
No comments:
Post a Comment