INFO AD-DEEN
Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
Daripada Saidina Abu Hurairah Radhiayallahu 'Anhu, bahawa Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam bertanya kepada para sahabat baginda:
"Apakah pandangan kalian, jika di hadapan rumah kalian terdapat sebatang sungai lalu kalian mandi di situ sebanyak lima kali sehari?
Adakah masih ada lagi kotoran di badan kalian?"
Para sahabat menjawab : "Sudah pasti tiada lagi kotoran."
Lalu Baginda bersabda: "Begitulah perumpamaannya dengan SOLAT LIMA WAKTU. Allah menyucikan dosa-dosa kita dengan solat tersebut."
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
No comments:
Post a Comment