Saturday 21 November 2015

INFO PENDIDIKAN

INFO PENDIDIKAN

Disertakan beberapa soalan & Jwpn berkaitan Pengurusan Ting. 1 SAM/ SABK/ MITS utk makluman semua:

1. Saya tlh. isi permohonan Ting. 1 secara online, mcmna Saya nak semak keputusan dan bila boleh semak?
Jwpn : Keputusan boleh semak di laman web KPM www.moe.gov.my slps. 20/12/2015. Jika berjaya, surat tawaran boleh cetak melalui laman web tersebut.

2. Mcamana Saya nak buat rayuan jika tidak ditawarkan?
Jwpn : Rayuan boleh dibuat secara online juga . Slps. semak keputusan secara online dan jwpn. tidak berjaya, ibubapa boleh 'klik' borang rayuan secara online, lengkapkan & hantar secara online juga (submit).

3. Bila boleh tahu jwpn. Rayuan?
Jwpn : Rayuan akan dijawab slps. murid Ting. 1 mendaftar masuk ke sekolah iaitu slps 11/1/2016.

4. Berapa markah yg. layak ditawarkan ke SAM/ SABK?
Jwpn : Pemilihan adalah berdasarkan merit. Murid dipilih berdasarkan markah terbaik dlm. PSRA.

5. Anak Saya mendapat keputusan Mumtaz dlm. PSRA tetapi hanya 2A3B UPSR. Boleh tak anak Saya ditawarkan?
Jwpn : Pemilihan adalah berdasarkan merit, iaitu berdasarkan markah terbaik dlm. PSRA. Boleh ditawarkan jika markah PSRA termasuk dlm. senarai terbaik yg. ditawarkan. Utk. UPSR calon sekurang2nya mendapat gred minima 5C boleh mohon. Kalau ada salah satu m/pel mendapat gred D, tidak layak.

6. Saya dah isi borg. online tapi tak buat pilihan utk SABK. Apa perlu Saya buat?
Jwpn : Dtg. ke BPI, JAIS. Isi borang data maklumat permohonan online di BPI, JAIS.

7. Boleh tak saya mohon SAM di luar dari zon yg. ditetapkan? Kalau dlm. permohonan online Saya tlh. buat pilihan SAM di luar zon sepatutnya, adakah Saya akan ditawarkan ikut yg. dipohon?
Jwpn : Tidak boleh mohon di luar zon yg. ditetapkan. Kalau mohon SAM luar zon, tetap akan ditawarkan ke SAM ikut zon yg ditetapkan.

8. Saya tak isi borg online. Boleh tak Saya buat permohonan secara manual/ isi borang di JAIS?
Jwpn : Sila hadir ke BPI, JAIS utk dptkan borg permohonan kes khas hari ini (20/11/2015). Tarikh tutup htr. 23/11/2015.

9. Anak Saya sek. agama di Wilayah Persekutuan. Boleh tak Saya mohon SAM di negeri Selangor?
Jwpn : Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka kpd. murid yg. bersekolh di SK & SRA/KAFAI/SRI negeri Selangor shj.

10. Kenapa tak buka utk. murid luar Selangor?
Jwpn : JAIS tidak dpt. menerima/ meraikan permohonan dari luar Selangor kerana murid SRA/KAFAI/SRI negeri Selangor yg. layak memohon juga tidak mendapat tempat/ ditawarkan ke SAM negeri Selangor.

11. Bagaimana Saya nak mohon SAM Bestari? Apakah kelayakan SAMBEST?
Jwpn : Murid yg. telah isi borg permohonan online layak ditawarkan walaupun tidak memilih SAMEBST jika memenuhi syarat kelayakan. Murid yg. memperoleh 97% & 4A1B berpeluang utk ditawarkan.

12. Keputusan tawaran MITS secara online juga ke?
Jwpn : Murid yg layak akan menerima surat tawaran dari JAIS, tidak online.

Sekian utk makluman, terima kasih.

Unit Pengurusan Sekolah (Seksyen SAM)
Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor
📚📖📚📖📚📖📚

No comments:

Post a Comment