Wednesday, 2 March 2016

TIADA CATUAN AIR DIJALANKAN DI SELANGOR

TIADA CATUAN AIR DIJALANKAN DI SELANGOR

Satu berita yang sedang diviralkan berkenaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Kedua Lembah Klang bermula 2 Mac hingga 31 Mac di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor adalah berita palsu.

Berita tersebut sebenarnya telah dikeluarkan semasa catuan tahun 2014 terdahulu. Diharapkan rakyat Selangor yang mendapat sebaran berita ini boleh memberhentikan sebaran tersebut dan maklumkan juga ianya adalah berita palsu. Tiada sebarang catuan air dibuat setakat ini oleh Air Selangor.

Sekian,

YB Tuan Haji Zaidy Abdul Talib
Exco Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani Selangor

No comments:

Post a Comment