Tuesday, 31 May 2016
INFO AD-DEEN Hadis Sahih Bukhari
INFO AD-DEEN
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1629.
Dari Ummu Salamah r.a., katanya: Saya berkata kepada Rasulullah S.A.W.: "Ya Rasulullah, kalau saya membelanjai anak-anak Abu Salamah dan saya tidak mahu meninggalkan mereka dalam keadaan terlantar, kerana mereka adalah juga anak-anak saya, apakah saya memperoleh pahala?"
Rasul S.A.W.menjawab: "Benar, engkau akan memperoleh pahala atas segala nafkah yang engkau belanjakan."
☪🕌☪🕌☪🕌☪
Monday, 30 May 2016
INFO AD-DEEN Hadis Sahih Muslim
INFO AD-DEEN
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2312.
Dari 'Abdul 'Aziz r.a. iaitu Ibnu Shuhaib katanya: "Qatadah bertanya kepada Anas r.a., Doa apakah yang sering dibaca Nabi S.A.W"?" Kata Anas, "Doa yang paling banyak dibaca Nabi S.A.W ialah:
"Allahumma aatina fid dunya hasanah. wa fil aakhirati hasanah, Wa qinaa 'adzaban nar."
(Wahai Allah, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, serta hindarkanlah kami dari seksa neraka)
☪🕌☪🕌☪🕌☪
Sunday, 29 May 2016
JADUAL KULIAH MUSLIMAT MASJID AT-TAQWA
INFO WANITA
JADUAL KULIAH MUSLIMAT MASJID AT-TAQWA
Jam: 3 ptg
30 Mei - Isnin - Ust Ahyar
01 Jun - Rabu - Ust Endang
03 Jun - Jumaat - Ust Asraf
Semua muslimat di jemput hadir.
🌻🕌🌻🕌🌻🕌🌻
INFO AD-DEEN Hadis Sahih Muslim
INFO AD-DEEN
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2355.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda:
"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba, selama doa itu tidak mengandung dosa, atau memutus silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan."
Lalu beliau ditanya orang, "Apa maksudnya minta cepat-cepat?" Jawab beliau, "Umpamanya seorang berkata dalam doanya,Aku telah berdoa, Aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku
diperkenankan. Lalu dia putus asa dan berhenti berdoa."
☪🕌☪🕌☪🕌☪
Saturday, 28 May 2016
INFO SKBK
INFO SKBK
Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar
1. Satu mesyuarat antara komuniti dengan sekolah telah diadakan... Alhamdulillah mendapat kerjasama yg amat baik dari semua pihak...
2. Gotong royong ibubapa untuk program sarana kelas. Kelas berjaya dibaik pulih untuk memberi manfaat pelajar SK Bukit Kapar
Terima kasih kepada semua pihak dan ibubapa yang menjayakan program sekolah.
📚📚📚📚📚📚📚
Tuesday, 24 May 2016
Monday, 23 May 2016
INFO AD-DEEN Hadis Sahih Muslim
INFO AD-DEEN
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1809.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W., sabdanya: "Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar, atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya taqwa kepada Allah 'Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya, dan jika dia memerintahkan selain itu, maka dia mendapat seksa."
☪🕌☪🕌☪🕌☪
INFO KESIHATAN
INFO KESIHATAN
Kalau mahu tahu sama ada produk kosmetik itu mengandungi kandungan merkuri yg tinggi, puan bolehlah sapukan sedikit cream produk itu pada cincin atau gelang emas puan.
Jika warna nya bertukar menjadi kelabu, itu tandanya ia mengandungi banyak merkuri. Ini bukan sihir atau silap mata. Ini sains kimia.
*DrZubaidi*
❗Merkuri itu MERBAHAYA untuk kesihatan❗
☠☠☠☠☠☠☠
YB Dr Hj Abd Rani b Osman bersama Ketua Kg Bkt Kapar.
INFO KG BKT KAPAR
23.5.2016
Hari ini YB Dr Hj Abd Rani b Osman bersama Ketua Kg Bkt Kapar melawat orang sakit dan uzur di sekitar Kg Bkt Kapar.
YB Dr Rani membuat sedikit pemeriksaan di samping memberi sumbangan kewangan, ubatan dan jajan. YB mengambil kesempatan memberi kata semangat, nasihat dan harap bersabar dgn uijian ALLAH kerana walau kita diuji dgn kesakitan atau kesusahan, ada orang yang lebih sakit teruk dan lebih susah lagi.
Moga mereka semua yg diuji dgn kesakitan bersabar dgn uijian ALLAH SWT dan kesabaran tersebut ALLAH SWT ganti dgn keampunan dosa dan diganjari dgn pahala.
Terima kasih YB Dr Rani yang perihatin dgn rakyat DUN Meru.
Masadan b Mohsin
'KASIH SAYANG'
'BERSIH SEKAMPUNG'
'100 TAHUN KG BKT KAPAR'
INFO WANITA Jadual kuliah muslimat
INFO WANITA
Jadual kuliah muslimat
Di Masjid At Taqwa Bukit Kapar
Masa: 3.00ptg
23 Mei - Isnin - Ust Ahyar - Tajwid
25 mei - Rabu - Ust Hidayat - Tafsir
27 mei - Jumaat - Ust Kamal - Tauhid
Semua muslimat di jemput hadir
🌹🌷🌹🌷🌹🌷🌹
MUAMMALAT INDULGANCE PROGRAMME
INFO KETUA KAMPUNG
22.5.2015
Hari ini telah berlansung 'MUAMMALAT INDULGANCE PROGRAMME' iaitu program anak angkat anjuran bersama Fakulti Pengajian Islam Kontemporari UiTM Shah Alam bersama Kariah Hamdani Bkt Kapar. Program 2 hari bermula 21.5.2016 disertai oleh 43 orang pelajar untuk menjadi anak angkat kpd penduduk Kariah Hamdani.
Selama 2 hari 1 malam pelbagai program diatur utk para pelajar seperti agihan fidyah ke rumah-rumah asnaf, gotong royong surau dan lain-lain.
Pada waktu malam para pelajar dihiburkan dgn persembahan nasyid oleh pelajar SAM NURUL IMAN dan persembahan Seni Silat Persaudaraan.
Manakala para pelajar membuat persembahan sketsa utk menghiburkan penduduk kariah.
Program ini bertujuan mengeratkan hubungan pihak UiTM dgn penduduk kampung di samping para pelajar bersilaturrahmi dgn keluarga angkat dan melatih pelajar supaya
membuat kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat.
Perasmian penutup disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam UiTM
Prof Dr Hj Muhamad Rahimi b Osman.
Masadan b Mohsin
'KASIH SAYANG'
'BERSIH SEKAMPUNG'
'100 TAHUN KG BKT KAPAR'
💯❤💯❤💯❤💯
Sunday, 22 May 2016
Friday, 20 May 2016
INFO SURAU KULIAH SUBUH
INFO SURAU
KULIAH SUBUH
21/5/2016
Surau Jangidin - Bkt Kpr Tngh
Ust Ramzi Ishak
Semua dijemput hadir
☪🕌☪🕌☪🕌☪
INFO KEMATIAN
INFO KEMATIAN
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...
20.5.2016
Dimaklumkan bahawa En Amat Tamsir b Basra telah meninggal dunia pada jam 2.30 ptg ni. Beliau adalah OKU (tidak nampak) dan tinggal di alamat No 20, Jln Bahagia , Setia Jaya , Kg Bkt Kapar.
Jenazahnya akan diurus dan dikebumikan petang ini.
Moga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.
Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar denga ujian ALLAH SWT.
Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ
Thursday, 19 May 2016
INFO SURAU Kuliah maghrib
INFO SURAU
Kuliah maghrib
19/5/2016
Surau Jangidin Bkt Kpr Tengah
Ust Faryzan Subkhi
Semua di jemput hadir
INFO MASJID Makluman Tugasan Masjid
INFO MASJID
Makluman Tugasan Masjid At Taqwa Kg Bkt Kpr
KHAMIS
Tarikh : 19/5/2016
Masa : Selepas bacaan surah Yasiin
Tazkirah : En Jamaludin Ramlan (Biro ICT MAT)
JUMAAT
Tarikh : 20/5/2016
Khatib dan Bilal Jumaat :
Khatib : Us Maarof Mohd Mindar (SU MAT)
Bilal : Us Subkhi Hamdani (Pembantu Bilal MAT)
"Masjid Imarah Ummah Bertaqwa"
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌