Monday 23 May 2016

MUAMMALAT INDULGANCE PROGRAMME

INFO KETUA KAMPUNG

22.5.2015
Hari ini telah berlansung  'MUAMMALAT INDULGANCE PROGRAMME' iaitu program anak angkat anjuran bersama Fakulti Pengajian Islam Kontemporari UiTM Shah Alam bersama Kariah Hamdani Bkt Kapar. Program 2 hari bermula 21.5.2016 disertai oleh 43 orang pelajar untuk menjadi anak angkat kpd penduduk Kariah Hamdani.

Selama 2 hari 1 malam pelbagai program diatur utk para pelajar seperti agihan fidyah ke rumah-rumah asnaf, gotong royong surau dan lain-lain.

Pada waktu malam para pelajar dihiburkan dgn persembahan nasyid oleh pelajar SAM NURUL IMAN dan persembahan Seni Silat Persaudaraan.
Manakala para pelajar membuat persembahan sketsa utk menghiburkan penduduk kariah.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan pihak UiTM dgn penduduk kampung di samping para pelajar bersilaturrahmi dgn keluarga angkat dan melatih pelajar supaya
membuat kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam UiTM
Prof Dr Hj Muhamad Rahimi b Osman.

Masadan b Mohsin

'KASIH SAYANG'
'BERSIH SEKAMPUNG'
'100 TAHUN KG BKT KAPAR'
💯❤💯❤💯❤💯

No comments:

Post a Comment