Wednesday, 1 June 2016

INFO AD-DEEN Kuliah Maghrib

INFO AD-DEEN
Kuliah Maghrib Khas Ambang Ramadhan. Utz Roslan Abdullah. Masjid At Taqwa Bkt Kapar.

31 Mei 2016
Bulan Syaaban hampir melabuhkan tirainya sekitar 4-5 hari lagi dan akan muncul bulan Ramadhan alMubarak bulan yg ke 9.

#Kita x tau samada sempat@ tidak kita bertemu Ramadhan. Kita memang sangat merindui Ramadhan dan berdoa ya Allah sampaikan kami untuk menemui Ramadhan.

#Mudah2an doa yg kita minta sepanjang malam dan siang sekian lama Allah akan kabulkan.

#Jika ditakdirkan x berkesempatan menemui Ramadhan sesaat sebelum Ramadhan kita telah diambil nyawa oleh Allah. Meninggal kita.. kata As Samarqandi Allah x zalimi kita selagi ada niat dlm hati kita merintih nakkan Ramadhan InsyaaAllah Allah akan beri ganjaran pahala Ramadhan sebulan. Allah tidak pekak utk mendengar rintihan kita.

#Kitalah yg mengukur sendiri sejauh mana kita nak Ramadhan tahun ini. Setakat ini kita x tinggal doa Allahumma ballighna ramadhan.

#Ada sebahagian kita yg takut ramadhan, bimbang dlm hatinya.. Allah.. dah datang lagi ramadhan... sebab masa ramadhan x ada sarapan pagi, x ada makan tengahari dan minum petang kena berlapar & letih.

#Ada juga satu golongan yg menolak terus Ramadhan. Ada ke x ada dia x kisah. Dan x nak ambil tahu. Nauzubillah.

#Syaaban berlalu Ramadhan pasti datang.

#Kita nak ukur dimana kita berada. Ramadhan adalah pekej ibadah bukan semata2 puasa. Tak tepat Ramadhan bulan puasa. 

#Dlm Ramadhan ada pekej amal:
1. Tilawah Al-Quran siang malam di masjid dan dirumah. Tiada Quran kita tengok hp kita. Waktu lapang @ sibuk kita dituntut membaca Quran.

#Bertilawah dan bertadarus... tegur menegur bacaan Quran kita. Tajwednya, panjang pendek, dengungnya dsbnya.

2. Bersedeqah dan berderma. Keluarkan dari poket x banyak pun x apa. Nabi infaq Ramadhan sangat laju pagi, petang, tengahari, malam. Beri makan fakir miskin.

3. Pakej Ramadhan kita dgn berqiamullail setiap malam. Merintih, menangis memohon keampunan jam 4.00 pagi bertawajjuh. Kita bukan bangun utk makan sahur sahaja tetapi bertahajjud merintih keampunan Allah.

4. Beristighfar memohon keampunan Allah

5. Menjaga aurat. Nak ke bazar Ramadhan x ada masalah yg penting jaga aurat dgn sempurna.

6. Kita jagalah solat fardhu berjamaah pd awal waktu. Walau bagaimana penat kita sahutlah panggilan Allah.

7. Pekej Ramadhan juga dgn perbanyakkan doa pd Allah dgn penuh rasa keinsafan, sedih, penuh hiba. Malaikat menanti2 doa2 munajat kita hamba Allah.

#Benda paling besar pd Ramadhan malaikat menunggu doa manusia dan Malaikat akan mendoakan sama permintaan kita.

#Dari Aisyah ra " Nabi x pernah leka lalai berdoa ketika hendak berbuka puasa."

#Utz berguru dgn Sheikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan di Riyad Arab Saudi... Fadhail Ramadhan dan hukum hakamnya.
"Ramadhan ini dlm banyak waktu yg kita ada jangan abaikan walaupun dua minit shj berdoa ketika hendak berbuka puasa."

#Mulut kita pada waktu hampir berbuka dgn bau busuk hakikatnya ketika inilah Allah makbulkan doa kita.

#10 minit terakhir sebelum berbuka puasa adalah waktu yg afdhal kita berdoa. Bagus kalau kita dapat panggil anak cucu kita mengaminkan doa2 kita.

#Bayangkan bagaimana doa kita ketika itu dimulakan dgn Muqaddimah doa.. Ya Allah jadikan anak cucuku manusia yg bertaqwa. Asbab Amin cucu kita Allah makbulkan doa kita. Anak2 nampak main2 tapi mereka tiada dosa...mereka bersih..

#Hari ini suami yg berdoa esok isteri pula yg berdoa. X apa guna bahasa Melayu...ya Allah jadikan keluarga kami keluarga yg bertaqwa, jadikan keluarga kami yg beriman dan keselamatan dunia dan akhirat. Esok kita suruh pula abang long pula yg berdoa.

#Pengalaman berpuasa ada yg berbuka sibuk berbisik lawan liga eropah bola mana lawan mana mln ini. Penting imam tegas ketika itu utk bawa jamaah doa bersama2.

#Nabi x tinggal doa sebelum berpuasa.

#Bila kita beramal dgn doa sebelum buka anak dan keluarga akan faham. Automatik mereka akan duduk menunggu doa si ayah.
#Ciptakan suasana berdoa ini bersama keluarga kita jika kita x beramal dgn amalan ini.

Ramadhan mempekejkan diri kita dgn amal2 soleh.

#Kesan Ramadhan akan menghasilkan kita orang yg bertaqwa yg kesannya berpanjangan.

#Ada orang yg puasa tapi x solat.

#Ada orang yg pukul isterinya Ramadhan cuti lepas ramadhan pukul lagi.

#Ada orang yg cakap kasar dgn anak2 cuti Ramadhan  lps ramadhan cakapkZb lagi.

#Riwayat Buhari Dan Muslim. Rasulullah saw bersaba " kalau kita berpuasa lebih sebulan tapi x mampu nak meninggalkan perkataan yg kotor. Lebih baik x payah puasa. Seolah2 ramadhan x beri kesan apa2. Allah x berhajat dgn lapar dahaga puasa kita yg begitu.

#Jika ramadhan boleh istiqamah jadi kaki masjid solat fardhu terawekh berjamaah hingga 9.30-10.00 mlm kenapa lepas ramadhan kita orang yg sama x mampu nak teruskan amal soleh ini. Kenapa kita matikan amal2 yg baik slepas hari raya. Kenapa amal kita x bertambah, hati jadi mati dan jiwa jadi gelap selepas kita latih dgn baik sepanjang Ramadhan?

#Ramadhan Allah ampun dosa2 kita yg lalu jgn jadikan ia alasan utk kita mulakan dosa2 yg baru pula.

#Persiapan sebelum Ramadhan. Imama As Suyuti oleh Imam As-Samarqandi.

1. Mohon taubat pd Allah atas dosa yg kita lakukakan. Istighfarlah imbau segala dosa yg kita lakukan setahun yg lalu. Taubatlah. Memanglah Ramadhan bulan keampunan tetapi sepatutnya kita selesaikan dosa2 kita dulu sebelum Ramadhan. Jadi Ramadhan boleh kukuhkan taubat kita.

#Bangun awal sujud taubatlah pd Allah dinihari.

2. Mohon kemaafan atas dosa kita sesama manusia. Jika kita ada dosa dgn mak ayah, cakap kasar, maki mak ayah kita, tak hirau, tak pandang, hari ini kita telephon atau balik kampung minta ampun pd mereka.  Cari mereka dan peluk cium mereka. "Mak maafkan along mak, Along berdosa pd mak.

#Tidak masuk syurga orang yg memutuskan silaturrahim dgn ibu ayahnya. Selesaikan masalah kita dgn mak ayah. Sampai mak kata " mak dah maafkan kamu.

#Mak dan ayah mu adalah jalan2 ke syurga dan ke nerakamu.

#Jika kita ada dosa dgn adik beradik telephon minta maaf dan beri kemaafan. Yg terpisah sambung semula.

#Orang yg Allah redha ialah orang yg beri kemaafan. Dan minta maaf. Manakala orang yg Allah x redha dia saling tidak memaaf dan tak mahu minta maaf.

#Siapa yg minta kemaafan dan memaafkan Allah redha dan orang yg Allah redha balasannya syurga.

#Tak guna kita qiam setiap malam sedeqah banyak tapi kita putuskan silaturrahmi.

#Siapa kita x nak maafkan orang yg buat salah dgn kita dgn mengatakan aku tak maafkan sampai bila2 hingga akhirat. Siapa kita Rasulullah pun maafkan semua orang. Dahulukanlah kemaafan kita.

3. Muhasabah semula Ramadhan kita yg lalu. Rasanya aku x cukup soat terawekh. Minggu2 awal shj aku terawekh hujung2 aku tinggal terawekh. Ramadhan mendatang ini akan azam sungguh2 utk tahajud dan tambah amal sebanyaknya Ramadhan kali ini.

Mudah2 kita raih keimanan, ketenangan jiwa dan pahala, akhlak baik, ilmu kita tingkatkan. Natijahnya Taqwa pd Allah.

1. Dlm Ramadhan nanti ada ruang sedeqah derma perbanyakkanlah. Jgn berkira berdermalah keran ganjarannya sangat tinggi.

#Othman b Affan menantu Rasulullah diriwayatkan Umu Kalsum Othman sepanjang bulan puasa seolah2 miskin. Tabung bina masjid, Maahad Tahfiz, tabung Palestin. Jgn kedekut tangkai jering bakhil.

2. Bersahurlah kerana ia sunnah. Perlewatkanlah. Kira2 membaca 50 ayat bacaan Quran secara tertil. Lebih kurang 1/2 jam sebelum subuh. Jika subuh jam 5.40am kita sahur 5.10 am. Sekedar selepasnya kita dapat tunaikan subuh berjamaah di masjid. Bukannya kita sahur jam 1.00 pagi. Lepas tu tidur hingga tak solat Subuh berjamaah.

#Jangan jadi bodoh sombong kata x sahur pun x apa saya kuat dan mampu berlapar. Sahur ada keberkatannya yg Allah kurniakan khusus pd hambanya dibuang Ramadhan. Rugilah manusia yg ambil x kisah.  Sahurlah walau sekadar dgn segelas air kosong.

3. Orang doakan keberkatan kita. Berilah makan pd orang berbuka puasa. Dan berdoalah moga Allah kurniakan segala kebaikan kepada yg orang yg memberi makan orang yg berbuka puasa.

#Peniaga bazar jgn jual apa yg kita x lalu makan, jujurlah , jika nak rezeki berkat. Jual makanan yg bersih dan x mahal, bukan recycle. Rezeki yg x berkat akan habis begitu sahaja walaupun untung banyak mungkin jatuh sakit dan tak mustahil boleh merempat.

#Gunakan peluang keuntungan yg ada untuk bersedeqah pd mereka yg layak menerima.

#Sedeqahlah pd orang miskin, anak yatim. Bawa anak yatim ke hotel hingga lewat solat. Kadang2 anak2 yatim hilang akhlaknya ketika makan di hotel ini.

#Moga kita dpt lakukan pekej amal Ramadhan ini dgn penuh keinsafan.

Wallahua'lam moga ada manafaatnya.
☪🕌☪🕌☪🕌☪

No comments:

Post a Comment