INFO BKT KAPAR
29.10.2016
Pihak JKKK Bkt Kapar menerima laporan di Tanah Perkuburan Bkt Kapar ada tanda barang-barang untuk pemujaan. Pihak keselamatan JKKK terus membuat tindakan segera dengan membuang barang-barang tersebut.
Pihak pentadbiran Kg Bkt Kapar memastikan tiada sebarang pemujaan yang ada unsur syirik berlaku di seluruh Kg Bkt Kapar.
Penduduk juga diminta melaporkan segera kepada pihak JKKK atau pihak Masjid At-Taqwa jika mendapati ada sebarang unsur syirik berlaku di Kg. Bukit Kapar dan juga dinasihatkan tidak melakukan sebarang perbuatan yang menjurus kepada perbuatan syirik.
✨📝 Sebaran iBK✨
No comments:
Post a Comment