Friday, 14 October 2016

KESILAPAN SOLAT JUMAAT YG RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR

INFO AD-DEEN

KESILAPAN SOLAT JUMAAT YG RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR
*Assalamualaikum* & Salam 1Dunia, manusia tak pernah lari dr kesilapan cuma malang selalu berlaku kesilapan kerana kurang ilmu terutama ketika Solat Jumaat.
Nampak remeh tetapi boleh mengurangkan pahala malah silap2 boleh abis lansung pahala solat Jumaat.
Aku sendiri pun tak terlepas drpd kesilapan ketika solat jumaat jd mari kita azam sungguh2 utk tidak melakukan kesilapan utk mendapat redha ALLAH.

Kekadang bukan sahaja anak2 yg bising ketika solat Jumaat tetapi bapak budak tak kurang lebihnya berbual mcm tak ada apa2 sedang berlaku walaupun khatib sedang berkhutbah.
Berikut beberapa kesilapan ketika solat Jumaat yg telah disemak betul oleh *Ustaz Noehas* semuga menjadi mengajaran utk kita semua insan lemah.

1. Dtg lewat ke masjid.
*Kata Rasulullah SAW: Pd hari Jumaat para malaikat duduk di pintu2 masjid, bersama mereka lembaran2 catatan. Mereka mencatat (org2 yg dtg solat), apabila imam telah keluar (utk memberi khutbah), maka lembaran2 itu ditutup.* (Hasan, Ahmad:21756)

2. Membaca al-Quran @ memasang rakaman bacaan al-Quran dgn kuat.
*Kata Nabi SAW: Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kpd Tuhan. Oleh itu, jgnlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yg lainnya, & janganlah sebahagian mengangkat suara atas yg lainnya dlm membaca al-Quran, @ baginda berkata di dlm solat.* (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)

3. Tidak memenuhkan saf hadapan.
*Kata Nabi SAW: Jika kalian @ mereka mengetahui apa yg terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian.*
[bg mendapatkan saf hadapan] (Shahih, Muslim:439)

4. Bermain tasbih, bersiwak & lain2 ketika mendengar khutbah.
*Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yg sia2.* (Shahih, Muslim:857)

5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah.
*Kata Nabi SAW: Jika salah seorg drpd kalian tiba (di masjid) pd hari Jumaat & imam sedang berkhutbah, maka solatlah 2 rakaat & ringkaskanlah solat tersebut.* (Shahih, Muslim:875)

6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang.
*Firman Allah: Wahai org2 Yg beriman! apabila diserukan azan utk mengerjakan solat pd hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) utk mengingati Allah & tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yg demikian adalah baik bg kamu, jika kamu mengetahui* (Surah al-Jumuah:9)

7. Bercakap ketika khutbah.
*Rasulullah SAW berkata: Jika engkau berkata kpd teman engkau Diam pd hari Jumaat & imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yg sia2.* (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8. Bersandar ke dinding & tidak menghadap khatib.
*Kata Ibn Masud r.a: Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.* (Hasan, at-Tirmizi:509)

Semoga sedikit perkongsian ini dpt memberi ilmu yg bermanafaat kpd kita utk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yg dibaca oleh khatib.
Jom azam sama2 tutup telefon & jgn layan internet, wassap, facebook & instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala2 urusan dunia.

📝 _Sebaran iBK_ 📝

No comments:

Post a Comment