INFO KETUA KAMPUNG
31.1.2017
BANJIR DI KG BKT KAPAR
Assalamualaikum...
Dukacita lagi sekali banjir berlaku untuk kali yang ke 3 dalam tempoh 10 hari. Ta'ziah dan simpati kepada mangsa-mangsa banjir dari pihak ADUN Meru, Ahli majlis MPK, JKR, JPS, PEJ. DAERAH, JKKK, Kontraktor dan seluruh penduduk Kg Bkt Kapar.
Moga mangsa banjir diberi kekuatan dan terus bersabar.
Pihak JKKK dibantu petugas-petugas sukarela mengagihkan nasi kepada mangsa untuk makan tengahari dan makan malam.
Pihak JKKK lagi sekali mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan agensi berkenaan seperti JKR/MPK/JPS/AHLI MAJLIS MPK/PKM/Konsultan/Kontraktor dan JKKK untuk mencari penyelesaian masalah banjir. Keputusannya pihak kontraktor diarahkan dan bersetuju untuk melakukan perkara berikut:
1. Melebarkan dan mendalamkan lagi perparitan sementara.
2. Menambah jumlah culvert(kelongkong) yang dipasang.
3. Memasang longkang konkrit 'U' bermula dari jalan Iskandar dahulu.
4. Memberhentikan menimbus parit lama yang belum ditimbus dan tidak mengorek perparitan baru yang sementara sehingga kerja-kerja pemasangan longkang konkrit 'U' dimulakan.
5. Menyiapkan pemasangan longkang 1500mm di seberang jalan dengan kadar segera.
6. Menyiapkan pemasangan longkang 'U' dengan kadar segera.
7. Memastikan perparitan tanah yang sementara dalam keadaan bersih dan tidak sempit sepanjang projek berjalan sehingga siap.
Pihak kontraktor akan menjalankan kerja-kerja seperti yang diarahkan sebaik sahaja air surut.
Moga tindakan kontraktor seperti yang diarahkan menghilangkan keresahan dan trauma mangsa-mangsa banjir. Penduduk dipohon memberi kerjasama sehingga pembinaan siap dijalankan.
Terima kasih
Masadan Mohsin
Ketua Kampung Bkt Kapar
✨📝 Sebaran iBK ✨
No comments:
Post a Comment