INFO BANJIR
24.1.2017
Dukacita Bukit Kapar banjir lagi. Dalam tempoh lebih kurang satu bulan sudah 3 kali banjir. Pihak JKKK, ADUN Meru dan Lembaga Zakat Selangor Cawangan Klang bersimpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat, moga mangsa terus bersabar dengan ujian ALLAH SWT.
Pihak ADUN Meru YB Dr Abd Rani Osman dan Ahli Majlis MPK N42A Pn Umi Jumaina berbesar hati menyumbangkan sarapan pagi dan makan tengahari dan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir oleh JKKK dan pegawai dari Lembaga Zakat Selangor iaitu Ust Saiful dan Ust Fitri.
ADUN Meru, Ahli Majlis MPK N42B, Ketua Kampung Bkt Kapar, Ketua Kampung Meru serta ahli JKKK sempat mengadakan perbincangan dengan pihak JKR serta kontraktor projek menaiktaraf pembinaan Jalan Meru Tambahan/Jalan Bukit Cerakah untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan risiko banjir pada masa akan datang semasa projek berkenaan masih berjalan. Semua penduduk Bukit Kapar diharap bersabar di atas sebarang kesulitan disebabkan pembinaan tersebut dan dipohon memberi kerjasama sehingga projek tersebut siap dibina.
Moga semuanya dipermudahkan agar kehidupan penduduk Bukit Kapar lebih selesa pada masa akan datang.
🌷☘🌷☘🌷☘🌷
✨📝 Sebaran iBK ✨
Jalan Meru ke puncak Alam sudah lebih 5 tahun dalam pembaik pulih..Tdk dinyatakan bila akan siap sepenuhnya...Harap Pihak2 yang menguruskan jalan tersebut dpt mempercepatkan proses membuat longkang besar dan jalan bg memudahkan semua yg menggunakan jala tersebut dlm pada masa yang sama isu banjir akan selesai....
ReplyDeleteMUdah Mudahan...Aamiin