Monday 1 February 2016

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadith Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1346.

Ali bin Mundzir Al Kufi menceritakan kepada kami. Muhammad bin Fudhail menceritakan kepada kami dari Fudhail bin Marzuq dari Athiyah dari Abu Sa'id berkata:

Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya manusia yang paling dicintai oleh Allah dihari kiamat dan lebih dekat tempatnya disisi Allah iaitu pemimpin yang adil. Dan manusia yang paling dibenci dan lebih jauh tempatnya disisi Allah iaitu pemimpin yang zalim."

Didalam bab ini ada hadith yang diriwayatkan dari Ibnu Abi Aufa. Hadithnya Abu Sa'id adalah hadith hasan. Saya tidak mengetahui hadith ini kecuali dari sanad ini.
🌹🌴🌹🌴🌹🌴🌹

No comments:

Post a Comment