Friday, 5 February 2016

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadith Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadith Nombor 4101.

Maksudnya : "Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Jami' iaitu Ibnu Abi Rasyid dan Abdul Malik bin A'yan dari Abi Wakil dari Abdullah sampai pada Nabi S.A.W. bersabda :

"Tidak ada dari seorang lelaki yang tidak mengeluarkan zakat hartanya, kecuali Allah melilitkan ular dilehernya dihari kiamat, kemudian Nabi membacakan kepada kita kitab Allah yang sesuai dengan itu :

(Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak dilehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allahlah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan). (Ali Imran : 180).

Abdullah bin Mas'ud berkata lagi : Rasulullah S.A.W. membaca ayat yang sesuai itu : Hadith ini hasan sahih dan erti kata : Syuja'an Aqra' iaitu ular yang botak
🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂

No comments:

Post a Comment