Wednesday, 10 February 2016

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1220.

Qutaibah bin Said menceritakan kepada kami, Hammad bin Zaid menceritakan kepada kami dari Mujalid dari As Sya'bi dari Nu'man bin Basyir berkata: "Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

"Perkara halal itu sudah jelas, perkara haram itu juga sudah jelas dan diantara keduanya itu adalah perkara syubhat; banyak orang tak mengetahui apakah perkara itu dari halal atau dari haram dan barang siapa meninggalkan perkara itu bebaslah ia untuk agama dan kehormatannya dan ia selamat (dari kecaman syara'). Dan barang siapa terjatuh di dalamnya, dikhawatirkan ia terjatuh di dalam keharaman. Seperti halnya orang yang menggembala di sekitar tanah larangan, lambat laun ia terjatuh (masuk) dalam tanah larangan itu. Ingatl bahawa tiap-tiap raja mempunyai larangan. Ingatlah satu bahawa larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkan-Nya."

Hadis ini hasan
🌹🍂🌹🍂🌹🍂🌹

No comments:

Post a Comment