Saturday, 30 April 2016

Kuliah Maghrib Khas

Siri AlQuran mendahului Sains

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2071

Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Qubaishah bin Al Laits menceritakan kepada kami dari Atha' dari Mutharrif dari Atha' dari Umi Darda' dari Abi Darda' berkata: "Aku mendengar

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tidak ada sesuatu yang diletakkan di timbangan yang lebih berat dari pada perangai yang baik dan sesungguhnya pemilik perangai yang baik mencapai darjat pemilik puasa dan solat."

Hadis ini adalah hasan dari sanad ini.
☪🕌☪🕌☪🕌☪

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

30/4/16
Adalah dimaklumkan bahawa Nur Aina Farzana anak kepada cikgu Muhamad Suhaimi bin Mat Som (cikgu SK Bukit Kapar) dan Pn Juhana BT Abdul wahab (cikgu SMK Meru)  telah  meninggal dunia di hospital Kota Bahru.

Jenazah di jangkakan akan sampai pagi ini dirumah beliau terletak di Jalan Rebung.

Mohon doakan segala urusan dipermudahkan.. jazakumullahu khairan, terima kasih.

Mudahan roh arwah dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH. Ta'ziah diucapkan kepada waris serta seluruh ahli keluarganya.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

Friday, 29 April 2016

PENGUMPULAN BARANG2 UTK JUALAN AMAL

PENGUMPULAN BARANG2 UTK JUALAN AMAL
Pengumpulan Barangan utk Jualan Amal pd 08 mei 2016 sempena Pelancaran Program Sambutan 100 Tahun Kg Bukit Kapar di Dewan Serbaguna Jln Kopi.🎪

Perhatian pada semua rakan2 Pihak Biro Wanita JKKK Bukit Kapar sedang mengumpulkan barang2 terpakai yang masih boleh diguna pakai. Oleh itu, kami berharap pada semua rakan2  yang ingin menginfakkan pakaian dan barangan terpakai boleh menyerahkan barangan tersebut pd pn zarina.

Tarikh tutup penyerahan adalah 03 Mei 2016. Barang2 yg boleh ialah:
- pakaian
- beg2 & handbag2
- kasut
- pinggan mangkuk
- dan barang2 / perkakas2 rumah lain yang masih boleh digunakan.

Semoga sedikit infak yang disumbangkan dapat mengembirakan orang lain dan dimurahkan rezeki kepada penyumbang.

Utk maklumat lanjut sila hubungi
Pn Zarina 01126823288
🌺🌷🌸🌻🌼🌷🌺

INFO SURAU Kuliah Subuh Surau Jangidin

INFO SURAU
Kuliah Subuh
Surau Jangidin
1/5/2016 Ahad
Ust. Rizan Harun

#sarapan disediakan
Semua di jemput hadir
☪🕌☪🕌☪🕌☪

Kuliah subuh masjid

Rahsia Ulam-ulaman - Kangkung

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG
29.4.2016

Hari ini YB Dr Hj Abd Rani B Osman bersama Ketua Kg Bkt Kapar melawat seorang warga emas yang uzur iaitu En Pardan bin Dani yg tingggal di Lot 5321, Jln Bahagia, Kg Bkt Kapar. Beliau berumur 97 tahun dan telah terlantar kerana sakit tua...
Alhamdulillah anak-anaknya perihatin menjaga beliau.
YB DR Hj Abd Rani membuat sedikit pemeriksaan ke atas beliau dan memberikan sedikit ubatan serta sumbangan kewangan...

INFO PEKERJAAN

INFO PEKERJAAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Prasarana Malaysia Berhad akan melaksanakan program bootcamp 🚋Bus Captain pada 17 Mei hingga 14 Ogos 2016. 

Kriteria pemilihan peserta Bus Captain adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur antara 21 - 40 tahun
3. Sihat tubuh badan
4. Memiliki Lesen Memandu yang sah (Kelas D Penuh) (Bukan P)
5. Kelayakan Akademik : SRP/ PMR/ SPM
6. Tiada rekod jenayah/ dadah

🕹Keistimewaan :
⭕Latihan intensif 3 bulan sepenuhnya di Akademi Bas Prasarana
⭕Penginapan, pengangkutan dan elaun disediakan sepanjang latihan
⭕Tajaan daripada Prasarana untuk memperolehi Lesen Memandu (PSV)   

📌TEMUDUGA TERBUKA akan diadakan pada ketetapan berikut:
🗓: 9hb Mei 2016 (Isnin)
⏲ : 9.00am ➖ 4.00pm
🏢 : Aras 4, Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya.

🕹CALON-CALON HENDAKLAH MENGEMUKAKAN DOKUMEN ASAL & SALINAN SEPERTI BERIKUT:
· KAD PENGENALAN
· SIJIL SRP/ PMR/ SPM
· LESEN MEMANDU

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Khairul di talian 03-8871 3682 atau Ms Kat di talian 03-8871 3689.
🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌

Pusat Wanita Berdaya (PWB) akan mengadakan bengkel ukiran dari sabun

🌷INFO WANITA🌷
Sempena majlis pelancaran program sambutan 100 tahun Kg Bukit Kapar pada 8 Mei 2016 di Dewan Serbaguna Jln Kopi, Pusat Wanita Berdaya (PWB) akan mengadakan bengkel ukiran dari sabun. Penyertaan adalah PERCUMA

Sesiapa yang ingin turut serta boleh bagi nama pada 01119762182
🌻🌷🌻🌷🌻🌷🌻

Thursday, 28 April 2016

INFO PENCEMARAN DAN.KEBAKARAN

INFO PENCEMARAN DAN.KEBAKARAN

LAPORAN OPERASI KEBAKARAN TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM JALAN KUARI BUKIT KAPAR

Tarikh: 28 April 2016 (KHAMIS)

TINDAKAN OPERASI

KAWASAN 1 DAN 2

PADAM SEPENUHNYA

KAWASAN 1

TAMAT PEMADAMAN

1. Luas kebakaran - 4 ekar
2. Kemerebakan    - 0 ekar 
3. Pemadaman      - 4 ekar
4. Baki kebakaran - 0 ekar

KAWASAN 2

TAMAT PEMADAMAN

1.Luas kebakaran - 4 ekar
2.Kemerebakan    - 0 ekar
3.Pemadaman     - 4  ekar
4.Baki kebakaran -  0 ekar

PKB AKAN DITUTUP PADA JAM 5 PTG TAMAT OPERASI  DI JALAN BUKIT KUARI....

Sekian utk makluman
Terima kasih...........
🚒🚒🚒🚒🚒🚒🚒

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2038.

Hannad menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah menceritakan kepada kami dari Al-Aamasy dari Syaqiq bin Salamah dari Abdillah bin Masud berkata:

"Rasulullah S.A.W bersabda: "Wajib atasmu untuk jujur kerana sesungguhnya kejujuran menunjukkan ke kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan ke syurga dan seseorang selalu jujur dan memelihara kejujuran sehingga ditulis dan disisi Allah sebagai seorang yang jujur. Jauhilah dusta kerana sesungguhnya dusta menunjukkan keburukan dan sesungguhnya keburukan itu menunjukkan ke neraka, dan seseorang selalu berdusta dan memelihara dusta sehingga ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta".

Dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Bakar, Umar, Abdillah bin Asyakhir dan ibnu Umar.

Hadis ini adalah hasan sahih
☪🕌☪🕌☪🕌☪

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah memberi kelulusan ke atas mana-mana penjualan teks Al-Quran dalam bentuk rumi di negara ini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah memberi kelulusan ke atas mana-mana penjualan teks Al-Quran dalam bentuk rumi di negara ini.

Menurut Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Masykuri Khamid, tindakan akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menjual teks Al-Quran yang tidak mendapat kelulusan KDN.

Masykuri melalui Whatsapp menjelaskan isu penjualan Al-Quran Mumayyaz, atau Alwasim itu tidak dijual secara fizikal di kedai, tetapi dijual atas talian.

Modus operandi pembekal teks Al-Quran Mummayaz di Malaysia ini adalah melalui laman Facebook.

Jelas Masykuri, teks Al-Quran Mumayyaz yang diimport dari Indonesia itu masih belum mendapat kelulusan pihak KDN.

Merujuk kepada keputusan fatwa kebangsaan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat Al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf arab atau bukan tulisan Al-Quran.

Wednesday, 27 April 2016

INFO AD-DEEN Hadis Sunan At-Termizi

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3537.

Ismail bin Musa menceritakan kepada kami, Dawud bin Abiz Zabraqan memberitahukan kepada kami, dari Muehtar Al Warraq dari Nafi' dari Ibnu Umar berkata: Rasulullah S.A.W bersabda pada suatu hari kepada para sahabatnya:

"Bacalah: (SubhanallahWabihamdihi) seratus kali, barang siapa membacanya sekali, nescaya ditulis baginya sepuluh kebaikan dan barangsiapa membacanya sepuluh kali, nescaya ditulis baginya seratus kebaikan dan barangsiapa membacanya seratus kali, nescaya ditulis baginya seribu kebaikan dan barang siapa menambah nescaya dia ditambah oleh Allah, dan barang siapa minta ampun kepada Allah, nescaya dia diampuninya."

Hadis ini adalah hadis hasan
☪🕌☪🕌☪🕌☪

Jimar Air dgn cara begini

Siri Al Quran mendahului sains

Program MyLesen Fasa2

Kuliah Maghrib masjid

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

27/4/16
Di maklumkan bahawa Pn.Tumirah bt Hj.Saleh telah meningal dunia (12:30am) dari kariah Setia Jaya, rumah sebelah SKBK. Jenazah akan disemadikan pagi ini.

Mudahan roh arwah dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH. Ta'ziah diucapkan kepada waris serta seluruh ahli keluarganya.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

Tuesday, 26 April 2016

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2229.

Ali bin Hujr memberitahukan kepada kami, Ismail bin Jafar memberitahukan kepada kami dari Humaid dari Anas berkata: "Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya Allah apabila menghendaki kebaikan seseorang, maka Dia mempergunakannya", lalu ditanya:

"Bagaimana caranya Allah mempergunakannya, wahai Rasulullah?"

Baginda bersabda: "Dia memberi petunjuk kepadanya untuk berbuat kebaikan sebelum kematiannya."

Hadis ini adalah sahih.
☪🕌☪🕌☪🕌☪

Rahsia Ulam-Ulaman Peria

INFO SELANGOR Empangan Sungai Selangor turun 2%

INFO SELANGOR
Empangan Sungai Selangor turun 2%, orang ramai mesti berjimat
Apr 26 2016 / Ezli
OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 APR: Empangan Sungai Selangor mencatatkan penurunan 2.42 peratus berbanding minggu lalu menjadikan paras takungan ketika ini sebanyak 63.70 peratus.

Rata-rata empangan lain di seluruh Selangor turut mengalami penurunan antara dua hingga tiga peratus.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Empangan Batu mencatatkan takungan 70.49 peratus, Semenyih (68.51 peratus) dan Langat (75.25 peratus).

air pahangManakala empangan Tasik Subang mencatatkan takungan 84.69 peratus dan empangan Sungai Tinggi (75.05 peratus).

Selain itu, empangan Klang Gates pula mencatatkan 61.02 peratus dan Kolam Takungan Sungai Labu pula 46.60 peratus dicatatkan.

Sebelum ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri memantau paras air di empangan dan Sungai di Selangor hampir setiap jam.

Katanya, ia bagi memastikan bekalan air sentiasa cukup untuk seluruh penduduk.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata Kerajaan Negeri dalam usaha melakukan pelbagai inisiatif supaya masalah kekurangan air dialami sebelum ini tidak berulang.

Kerajaan Negeri juga yakin tiada catuan bekalan air sehingga hujung tahun ini berikutan rizab air positif dan beberapa langkah mitigasi awal diambil.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran fenomena El-Nino melanda negara bermula Januari lalu dijangka menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 hingga 60 peratus dan kenaikan suhu 0.5 hingga 0.2 peratus berbanding biasa.

Orang ramai dinasihatkan supaya berjimat cermat dalam penggunaan air dan mengurangkan aktiviti luar sepanjang fenomena ini.

Johor mengambil langkah mencatu air ekoran paras empangan kritikal di negeri masing-masing ketika ini.

Manakala Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan akan mengambil langkah sama jika cuaca panas berterusan.
🌵🌲🌳🌵🌳🌲🌵

Monday, 25 April 2016

Ceramah Istimewa Israk Mikraj surau Al Fàlah

Siri Al Quran mendahului sains

Kuliah Maghrib Masjid

INFO KESIHATAN DAUN RERAMA☘

INFO KESIHATAN

☘DAUN RERAMA☘
Pernahkah dengar tentang 'DAUN RERAMA' ?

Tahukah anda bahawa daun rerama mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat penyakit KANSER/BARAH serta sakit-sakit kronik yang lain...

Penggunaan daun rerama untuk merawat penyakit kanser merupakan satu ikhtiar...dan pakar2 perubatan telah mengesahkan bahawa daun rerama dapat merawat penyakit berkaitan sel darah merah

KAJIAN SAINTIFIK
Ujian makmal Institut Bioteknologi Melaka  menunjukkan daun rerama mengandungi tiga belas sebatian kimia yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan.

Kajian saintifik penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM turut berjaya menemui ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan pada tumbuhan berkenaan.

Kajian UPM menyatakan daun rerama bukan sahaja boleh merawat BARAH/KANSER, tetapi  berupaya merawat

IN SYA ALLAH
Semua jenis Kanser
SLE
Thyroid
Leukimia
Darah tinggi
Kencing manis
Kolesterol/Asid Urik
Gout
Masalah berkaitan darah
Stroke
Senggugut
Asma
Migrain
Resdung
Demam campak
TB
Denggi
Masalah usus
Masalah sendi
HIV
Angin dlm badan
Sebagai suppliment

100% ORGANIK BEBAS BAHAN KIMIA
Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan. Caranya dengan merebus daun tersebut untuk diminum dua kali sehari.

TESTIMONI:
"Baru 2 minggu air rebusan daun rerama, saya disahkan bebas dari kanser. Sampai 3 orang doktor check sebab tak percaya. Alhamdulillah..." - Pesakit KANSER

"Sebelum ni saya terlantar je kak rumah. Langsung xboleh buat apa2. sebab strok. Skrg alhamdulillah dh boleh berjalan lepas 2 bulan minum air rebusan daun rerama.." - Pesakit STROK

"Bacaan darah makin stabil, bacaan gula menurun, gout pun dah xdtang lagi. Terima kasih kerana memperkenalkan daun rerama pada saya Bersyukur sgt" - Pesakit DIABETIS, DARAH TINGGI dan GOUT.
☘☘☘☘☘☘☘

Kuliah muslimat Masjid At-Taqwa Bukit Kapar

INFO WANITA
Kuliah muslimat di masjid At Taqwa Bukit Kapar  jam 3.00ptg

25 Apr - Isnin - Ust Ahyar - Tajwid Al Quran

27 Apr - Rabu - Ust Rafiq - Tafsir Al Quran

29 Apr -  Jumaat - Ust Rafiq - Hadis

Sume muslimat di jemput hadir
Jom dtg ke majlis ilmu
🌹🌷🌹🌷🌹🌷🌹

INFO PENCEMARAN DAN KEBAKARAN

INFO PENCEMARAN DAN.KEBAKARAN

LOPORAN DARI BOMBA:

🚒Laporan Operasi kebakaran Tapak Pelupusan Haram Jalan Bukit Kapar terkini...

🚒Tarikh : 25.4.2016 (0700)

🚒Tindakan operasi CP1

1. 2 buah excavator mengali longgokan sampah,sambil anggota memadam longgokan tersebut menggunakan 2 aliran 4 pancutan relay pumping dari Tanker ke pump angkut 240 meter,pump angkut ke FRT 150 meter.

🚒Statistik kebakaran:

CP1
1. Luas kebakaran :  4 ekar
2. Kemerebakan    :  ekar 
3. Pemadaman      :  1 ekar
4. Baki kebakaran :   1/2 ekar

CP2
1.Luas kebakaran: 4 ekar
2 .Kemerebakan   :    ekar
3.Pemadaman      : 1 ekar
4.Baki kebakaran  :  3 ekar

Sekian utk makluman YS tuan & tuan2...
🚒🚒🚒🚒🚒🚒🚒

KULIAH MAGHRIB Surau Al Falah bt 8

INFO SURAU
KULIAH MAGHRIB
Tarikh : 25-04-2016
Hari :  Isnin
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Al Falah bt 8
Guru : Ust Zawawi Timyati

Muslimin muslimat di jemput hadir beramai-ramai.

Sunday, 24 April 2016

INFO KAMPUNG

INFO KAMPUNG
23.4.2016
Alhamdulillah...hari ini Kg Bkt Kapar telah menerima seramai 45 orang tetamu dari muslimat Kg Sijangkang. Tujuan lawatan ini adalah mengeratkan hubungan silaturrahmi di samping untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

Rombongan tetamu telah diberi taklimat berkenaan kampung oleh Ketua Kg Bkt Kapar di Balai Jkkk.

Tetamu dihidangkan sedikit jamuan minum petang sebelum dibawa melawat sekitar kampung dan juga melawat kedai roti & kek, Pondok Tahfiz Ummulwarokoh dan Inani Kraf...

Mudahan lawatan ini ada manfaatnya utk Kampung Bkt Kapar dan Kg Sijangkang.

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

Dimaklumkan bahawa Sabariah Mahful isteri kepada Zaidon Rokip , Kariah Setia Jaya telah kembali kerahmatullah petang 23/4/16.
Mudahan roh arwah dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH. Ta'ziah diucapkan kepada waris serta seluruh ahli keluarganya.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

Kuliah subuh Surau Al-Huda Bkt. Dusun

KULIAH SUBUH
Tarikh : 24-04-2016
Hari :  Ahad
Masa : Selepas Solat Subuh
Tempat : Surau Al-Huda Bkt.Dusun
Guru : Ust.Mohd.Akdi b.Yaakop
Muslimin muslimat di jemput hadir beramai-ramai.

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG
23.4.2016
Lawatan muhibah JKKK di tapak  pembakaran terbuka juga tempat  pembuangan sampah haram di Jln Bkt Kapar Kuari sempadan Bkt Kapar dan Bkt Kerayong 2. Ketua Kampung dan jemaah JKKK sempat  menyantuni petugas2 bomba yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran di kawasan tersebut.
Sampah yg terbakar menghasilkan asap yg bertoksid yg boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar.

Dalam taklimat ketua pasukan bomba menyatakan bahawa keadaan jerebu yg melanda Lembah Kelang sekarang ini sebahagiannya adalah berpunca dari kawasan yang terbakar di tempat pembuangan sampah haram tersebut. Oleh itu pihak Bomba Putra Jaya telah mengarahkan pihak Bomba Klang supaya memberi tumpuan sepenuhnya utk memadamkan kebakaran tersebut.
Pihak bomba telah menyediakan 20 anggota bertugas 24 jam ,3 buah lori tangki
dan 1jentera pengepam. Manakala pihak Pejabat Daerah Klang menyelia keseluruhan tugas-tugas memadam api di samping membekal tanah merah utk menimbus tempat-tempat kebakaran.
Manakala pihak MPK pula menyediakan 3 jentera 'excavator' utk membantu.
Pihak JKKK Bkt Kapar pula menyediakan kemudahan petugas-petugas seperti tempat solat , tempat wudhu' dan makan minum.

Setakat hari ini 50% kawasan kebakaran telah dapat dipadamkan.

In sha ALLAH jika tiada apa-apa yang berlaku dalam tempoh 1 minggu kebakaran dapat dipadamkan keseluruhannya.

Marilah kita sama-sama banyakan istighfar dan berdoa kepada ALLAH SWT agar kebakaran ini dapat dipadam secepat mungkin. Juga kita berdoa agar cuaca panas pada masa ini berakhir dan hujan turun untuk membantu memadamkan kebakaran dan juga utk
keperluan semua makhluk ALLAH SWT yang memerlukan air.

Saturday, 23 April 2016

Siri Al Quran mendahului sains

Kuliah Subuh Masjid

Daftar Kad Sim tidak perlu salinan Kad Pengenalan

INFO AD-DEEN Hadis Sunan At-Termizi

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2009.

Ahmad bin Muhammad menceritakan kepada kami, Abdullah bin Al-Mubarak menceritakan kepada kami dari Haiwah bin Syuraih menceritakan kepadakami, dari Syurahbil bin Syarik dari Abi Abdur Rahman Al-Hubuli, dari Abdillah bin Amr berkata: "Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah sebaik-baik mereka kepada temannya dan sebaik-baik tetangga di sisi Allah adalah sebaik-baik mereka kepada tetangganya." Hadis ini adalah hasan. Abu Abdurrahman Al-Hubuli namanya adalah Abdullah bin Yazid.
☪🕌☪🕌☪🕌☪

Kuliah Subuh Masjid

Friday, 22 April 2016

INFO MES - TAWAS Penjelasan Berkenaan Penutupan Akaun Sijil Simpanan Tetap TAWAS -Ambank

INFO MES - TAWAS
Penjelasan Berkenaan Penutupan Akaun Sijil Simpanan Tetap TAWAS -Ambank

Untuk makluman tuan/puan, sms ini hanya merujuk kepada ahli Tawas yang telah mendapat Sijil Simpanan Tetap Tawas AmBank. Di awal pelaksanaan program Tawas dulu, anak anak Tawas akan mendapat Sijil Simpanan Tetap Tawas AmBank bernilai RM100.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2014 Yawas sudah tidak bekerjasama dengan AmBank kerana telah digantikan dengan Penyata Simpanan Tawas yang dikeluarkan sendiri oleh Kerajaan Negeri bernilai RM 1500.

Oleh yang demikian pada ibu bapa yang telah mengambil Sijil Simpanan Tetap Tawas AmBank tersebut, dikehendaki untuk membuat penutupan akaun bagi melayakkan ahli Tawas mendapat manfaat khairat kematian.

Ini bermaksud sekiranya anak meninggal sebelum usia 18 tahun ibubapa boleh membuat tuntutan khairat kematian RM1500.

Sekiranya tidak maka tuntutan khairat kematian hanya bernilai rm100.

Walaubagaimanapun sekiranya anak sihat walafiat waktu pengeluaran (usia 18 tahun) nanti anak dikehendaki mengambil rm100 daripada AmBank dan balance rm1400 daripada tawas.

Untuk makluman, bagi ibubapa yang telah buat penutupan akaun, RM100 tersebut akan dikembalikan semula kepada Kerajaan Negeri dan apabila anak mencapai usia 18 tahun kelak mereka akan mendapat RM 1500.

Pemegang amanah dikehendaki hadir ke cawangan AmBank seperti yang tertera dalam sms dengan membawa Mykid/Sijil Lahir anak, IC pemegang dan juga Sijil Simpanan Tetap Tawas.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat TAWAS 0354818830 / 8832 / 8811

INFO AD-DEEN Hadis Sahih Bukhari

INFO AD-DEEN
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1753.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Siapa yang ada di tangannya kepunyaan saudaranya, diperolehnya dengan jalan tidak halal, hendaklah diadakannya penyelesaian, kerana di situ (di akhirat) nanti tidak ada dinar dan dirham (untuk membayar). Jangan sampai nanti diambil kebaikannya untuk diberikan kepada saudaranya. Setelah habis kebaikannya, diambil dosa saudaranya lalu ditimpakan kepadanya."
🕌🌸🕌🌸🕌🌸🕌

Hari Bertemu Pelanggan

Kuliah maghrib Masjid

Rahsia Ulam-ulaman - Pucuk Putat

Hari Ibu & Guru 2016

Retromania 2016

Thursday, 21 April 2016

Siri Al Quran mendahului sains

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1167.

Dari Abi Sa'id al-Khudri, Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Kalau orang yang beriman itu telah bebas dari neraka, mereka ditahan pada jambatan antara syurga dan neraka, lalu orang saling membalas penganiayaan antara sesama mereka waktu di dunia. Setelah mereka dibersihkan dan disucikan, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Allah Yang diri Muhammad di tanganNya, orang lebih tahu tempatnya di syurga daripada tempatnya di dunia."
☪🕌☪🕌☪🕌☪

INFO MASJID TAZKIRAH MALAM JUMAAT

INFO MASJID
TAZKIRAH MALAM JUMAAT
(Selepas Bacaan Yasiin)
21/4/2016
Disampaikan oleh:
Tn Masadan Mohsin (Pengerusi JKKK, Kg Bukit Kapar)

SOLAT JUMAAT
Khatib dan Bilal Jumaat:
Tarikh : 22/04/2016
Khatib : Imam 2 MAT
Bilal : Tn Hj Jamil Siwan
(Bilal 2 MAT)

"Masjid Imarah Ummah Bertaqwa"
☪🕌☪🕌☪🕌☪

Kuliah Maghrib Surau Jangidin

INFO SURAU
Kuliah Maghrib
Surau Jangidin, Bkt Kpr Tngh.
21/4/2016
Ust Faryzan Subkhi

Semua.dijemput hadir
🕌🌾🕌🌾🕌🌾🕌

Kuliah muslimat Masjid At Taqwa

INFO WANITA
KULIAH MUSLIMAT
Kuliah muslimat di Masjid At Taqwa Bukit Kapar.
Masa 3.00 ptg
Tarikh: 22 Apr Jumaat
Guru: Ust Kamal - Tauhid

Semua muslimat di jemput hadir
🌹🕌🌹🕌🌹🕌🌹

Kursus Haji Muslimat Siri 7, Surau AL Huda, Jln Dusun

INFO SURAU
Surau AL Huda, Jln Dusun
Kursus Haji Muslimat Siri 7 (Terakhir)
Tarikh: 21 Apr 2016 (Khamis)
Masa: 2.20 ptg
Tempat: Penceramah Utzh Siti Rubiah

Di jemput semua muslimat hadir, tambah ilmu
🌹🌸🌹🌸🌹🌸🌹

Wednesday, 20 April 2016

Rahsia Ulam-ulaman Kacang Botor

Wakaf Am Masjid AtTaqwa Bukit Kapar

NOTA PENGHARGAAN DARI MASJID SEMPENA MAJLIS-MAJLIS PERKAHWINAN

INFO MASJID

NOTA PENGHARGAAN DARI MASJID SEMPENA MAJLIS-MAJLIS PERKAHWINAN
Bismillahirrahmanirrahim,

Pihak Masjid merakamkan tahniah kepada pasangan pengantin & ahli keluarga yang akan menganjurkan majlis perkahwinan dalam masa terdekat ini. Justeru itu, pihak Masjid ingin menyeru atas dasar ketaqwaan kepada Allah Subhanahu wata’ala agar menjaga hukum & adab majlis perkahwinan yang bakal dianjurkan nanti, supaya ia selari dengan nilai-nilai agama Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Terdapat beberapa perkara utama yang perlu mendapat tindakan & perhatian sewajarnya untuk diperbaiki & dielakkan dalam majlis perkahwinan nanti. Di antaranya adalah:

1.Sekiranya mengadakan majlis akad nikah di Masjid, hendaklah menjaga kehormatan Masjid seperti hadir dengan pakaian yang menutup aurat & sopan, tidak membuat bising, sesi fotografi yang tidak berlebihan dan sebagainya.

2.Pasangan pengantin hendaklah berpakaian menutup aurat (iaitu mestilah longgar, bertudung, tidak jarang dan sebagainya) dan disyorkan supaya tidak berhias berlebih-lebihan seperti meniru pakaian-pakaian tema agama lain yang tidak sesuai dengan nilai masyarakat setempat.

3.Hindarkan hiburan berbentuk karaoke, lagu-lagu yang berunsur hiburan semata-mata, lirik-lirik & irama yang keras, nyanyian perempuan, acara berjoget dan sebagainya. Cukuplah dengan memutarkan lagu-lagu yang sederhana, bertemakan Islam sekadar untuk hiburan sampingan.

4.Perhatikan adat-adat sepanjang majlis perkahwinan yang tidak selari dengan Islam seperti adat menepung tawar, menabur beras kunyit, persandingan, pembaziran melampau dan sebagainya. Termasuklah amalan perbuatan menggunakan khidmat juruandam mak nyah, amalan bersalam-salaman dengan pengantin bukan mahram, menabur makanan atau gula-gula untuk dikutip oleh kanak-kanak, melempar kalungan bunga untuk disambut, dan sebagainya.

Ini adalah di antara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian. Ahli jemaah digalakkan agar merujuk kepada pihak Masjid, para Ustaz & Ustazah bagi mendapatkan pandangan menyeluruh berkenaan majlis perkahwinan yang menepati kehendak Islam.

Ketahuilah, sesungguhnya kebahagiaan rumahtangga perlulah diusahakan sejak dari peringkat majlis perkahwinan lagi. Semoga dengan usaha kita menuruti perintah Allah Subhanahu wata’ala & sunnah Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ini akan mengundang kebahagiaan yang berkekalan dan keberkatan bagi rumahtangga yang dibina.

Sekian, wabillahil hidayatu wat taufiq, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Tuesday, 19 April 2016

INFO WANITA

INFO WANITA
Bengkel Kek Lapis Surabaya dan Biskut Choklat Oat telah diadakan di Balai JKKK Bukit Kapar pada hari selasa 19 Apr 2016 yang di anjurkan oleh Biro Wanita JKKK.
Seramai 22 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut.
🍰🍪🍰🍪🍰🍪🍰

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
        اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ.

Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

Dimaklumkan bahawa Ustaz Misran bin Jariman pengerusi Surau Haji Jangidin, Kariah Bukit Kapar Tengah telah kembali kerahmatullah sebentar tadi di HUKM.

Mudahan roh arwah dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH. Ta'ziah diucapkan kepada waris serta seluruh ahli keluarganya.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

INFO PENCEMARAN DAN KEBAKARAN

INFO PENCEMARAN DAN KEBAKARAN

Hari ini 19.4.2016 pelbagai agensi kerajaan iaitu Pejabat Daerah, MPK, JAS, Bomba, JPAM dan JKKK Bkt Kapar dan JKKK Kg Bkt Kerayong 2 membuat tinjauan , pemantauan dan perbincangan bagi mengatasi masalah pembakaran terbuka di tapak pembuangan sampah haram di Jln Bkt Kapar Kuari sempadan Bkt Kapar dan Bkt Kerayong 2.

Pihak agensi kerajaan bersepakat utk memadam kebakaran dgn segera kerana sampah yg terbakar menghasilkan asap yg bertoksid yg boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar.

Seramai dianggarkan 40 anggota ditugaskan utk membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Pihak Pejabat Daerah dan JAS akan bertindak terhadap pemilik tanah yg bertanggungjawab menyebabkan pencemaran ini.

Diharap penduduk sekitar Bkt Kapar dan Bkt Kerayong 2 bersabar atas masalah ini dan beri kepercayaan kpd pihak agensi kerajaan utk menyelesaikannya.