Sunday 24 April 2016

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG
23.4.2016
Lawatan muhibah JKKK di tapak  pembakaran terbuka juga tempat  pembuangan sampah haram di Jln Bkt Kapar Kuari sempadan Bkt Kapar dan Bkt Kerayong 2. Ketua Kampung dan jemaah JKKK sempat  menyantuni petugas2 bomba yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran di kawasan tersebut.
Sampah yg terbakar menghasilkan asap yg bertoksid yg boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar.

Dalam taklimat ketua pasukan bomba menyatakan bahawa keadaan jerebu yg melanda Lembah Kelang sekarang ini sebahagiannya adalah berpunca dari kawasan yang terbakar di tempat pembuangan sampah haram tersebut. Oleh itu pihak Bomba Putra Jaya telah mengarahkan pihak Bomba Klang supaya memberi tumpuan sepenuhnya utk memadamkan kebakaran tersebut.
Pihak bomba telah menyediakan 20 anggota bertugas 24 jam ,3 buah lori tangki
dan 1jentera pengepam. Manakala pihak Pejabat Daerah Klang menyelia keseluruhan tugas-tugas memadam api di samping membekal tanah merah utk menimbus tempat-tempat kebakaran.
Manakala pihak MPK pula menyediakan 3 jentera 'excavator' utk membantu.
Pihak JKKK Bkt Kapar pula menyediakan kemudahan petugas-petugas seperti tempat solat , tempat wudhu' dan makan minum.

Setakat hari ini 50% kawasan kebakaran telah dapat dipadamkan.

In sha ALLAH jika tiada apa-apa yang berlaku dalam tempoh 1 minggu kebakaran dapat dipadamkan keseluruhannya.

Marilah kita sama-sama banyakan istighfar dan berdoa kepada ALLAH SWT agar kebakaran ini dapat dipadam secepat mungkin. Juga kita berdoa agar cuaca panas pada masa ini berakhir dan hujan turun untuk membantu memadamkan kebakaran dan juga utk
keperluan semua makhluk ALLAH SWT yang memerlukan air.

No comments:

Post a Comment