INFO RUMAH SELANGORKU
1. Syarat kelayakan untuk memohon rumah adalah seperti berikut:
● Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
● Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
● Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
● Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
● Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
● Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
● Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
● Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU
2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar bagi permohonan rumah ?
Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ atau muat turun borang permohonan di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠
No comments:
Post a Comment