Monday, 3 October 2016

ANAK BUAYA SESAT MASUK PARIT

INFO KAMPUNG

2.10.2016
ANAK BUAYA SESAT MASUK PARIT

KLANG - Pasukan Charlie dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang berjaya menangkap seekor buaya sepanjang kira-kira 1.5 meter dalam sebuah parit di Jalan Setia Jaya, Kampung Bukit Kapar, Meru di sini malam tadi.

Ketua Balai, Zaidi Ahtan berkata, tangkapan itu dilakukan sekitar jam 8.30 malam selepas menerima panggilan penduduk memaklumkan penemuan reptilia itu.

"Pasukan bomba bergegas ke lokasi dan mendapati reptilia berkenaan adalah anak buaya.

"Ia dilihat bergerak-gerak dalam parit berkenaan seolah-olah tersesat dan mencari arah sungai berdekatan," katanya kepada Sinar Harian.

Pasukan bomba menangkap reptilia itu menggunakan penjerut.

"Pasukan petugas mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap haiwan berkenaan yang agak liar.

"Hasil tangkapan ini akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Selangor untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya lagi, pihaknya tidak menolak kemungkinan reptilia itu telah tersesat ke kawasan parit kediaman penduduk kampung selepas banjir melanda kawasan itu minggu lalu.
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

No comments:

Post a Comment