Thursday, 5 January 2017

INFO PERBANKAN

INFO PERBANKAN

Artikel ini adalah mengenai Debit Kad ATM yang baru dikemaskinikan, yang mana ianya mempunyai ciri Pay Wave.

Kad Maybank lama saya adalah jenis Bankcard dan bukannya Kad Debit tetapi apabila saya menukarnya kepada yang baru, kini saya telah diberikan Kad Debit. Saya memaklumkan kepada Pegawai Bank yang saya tidak mahu Kad Debit kerana saya sudah mempunyai Kad Kredit, tetapi saya diberitahu bahawa semua Kad ATM yang baru adalah jenis Kad Debit.

Lalu saya bertanya jika terdapat apa-apa cara yang saya boleh gunakan untuk menyekat orang lain daripada menggunakan Kad Debit saya untuk membuat pembelian.

(Saya rasa anda semua tahu bahawa dengan ciri PAY WAVE, sesiapa sahaja boleh menggunakan kad anda untuk membuat pembelian di bawah RM250 dengan hanya 'TAP' (seperti kad Touch N GO) pada mesin di Terminal Juruwang dengan tidak perlu memasukkan PIN kan? Hanya pembelian yang melebihi RM250 memerlukan PIN . ciri2 ini juga terdapat pada Kad Kredit.)

Pegawai bank itu kemudian memberitahu saya bagaimana untuk menyekat pembelian dengan melakukan langkah-langkah berikut:

(Ini adalah untuk Maybank. Bank-bank lain mungkin mempunyai cara/arahan yang sama.)

Selepas anda memasukkan Kad Debit ke dalam ATM, masukkan PIN anda seperti biasa.

Pilih "Other Transactions"
Klik/tap pada "Change Limit"
Pilih "Purchase Limit"
Pilih "No Purchase."
Masukkan nombor kad pengenalan anda. Anda akan diminta untuk mengesahkan bahawa anda telah memilih "No Purchase"

Sahkan pilihan itu dan semuanya selesai...

Dengan demikian, jika kad ATM anda jatuh ke tangan orang lain kerana anda tercicir dompet atau diragut/disamun, orang tersebut tidak boleh membeli barang-barang (bawah RM250) menggunakan Kad anda.

🏧💲🏧💲🏧💲🏧

✨📝 _Sebaran iBK_ ✨

No comments:

Post a Comment