INFO MASJID
02.01.2017
KULIAH MAGHRIB KHAS ISU ROHINGYA
Kuliah Maghrib Khas pada 2 Jan 2017 oleh Cikgu Hj Mohd Azmi presiden MAPIM. Isu Umat Islam Rohingya. Masjid At Taqwa Bkt Kapar.
Dari laporan keadaan umat Islam sama ada ia menoriti atau mejoriti keadaannya tidak semakin baik. Termasuk Malaysia penuh pelbagai mehnah. Menguatkan kedudukan Islam adalah tanggungjawab semua. Apabila Islam dihina ditindas dan dizalimi seluruh umat Islam tidak terkecuali utk mengambil berat. Bukan setakat ambil tahu shj tanpa apa-apa tindakan kita
#Bangsa Rohingya ini tinggal di Arakan sejak kurun ke 8 yg kemudiannya dijajah raja Budha kemudian British kemudian di paksakan berada dlm Burma pd 1948.
#Dulu Patani, Sulu, Campa dan Arakan berdiri sendiri tetapi ditukar kepada sebahagian Thailand, Filipina, Kemboja dan Myanmar. Hingga hilang identiti Islamnya melalui proses penghapusan etnik.
#Asalnya Arakan mejoriti penduduknya Islam, hanya sedikit shj orang Hindu dan Budha.
#Arakan di tukar kpd Rakhine bangsa Budha yg mendapat sokongan kerajaan tentera Myanmar.
#Operasi pembersihan etnik Islam Rohingya berlaku semenjak 1961-1982. Umat Islam dari 4 juta menurun kpd 2 juta shj. Myanmar ada 149 bangsa dan 5 bangsa dibuang antaranya Rohingya.
# Orang Rohingya Burma menjadi pelarian di Malaysia sejak 1982.
Antara hak yg dinafikan
#Orang Rohingya dinafikan hak mengamalkan agamanya. Masjid dibakar, Asatizah di bunuh, masjid dari 3000 hanya tinggal 80 shj.
#Mereka X boleh kahwin.
#Mereka tidak boleh bergerak-gerak kemana2 di Myanmar.
#Mereka membunuh janin2 yg sedang dikandungnya. Isteri dan anak perempuan dirogol 6-7 orang oleh tentera dan Budha Rekhine.
#Pembunuhan kanak-kanak berleluasa.
#Mereka hanya boleh lepas diri melalui jalan sungai Naff yg siapa yg terjun ke sungai itu akan ditembak oleh kedua-dua tentera Myanmar dan Bangladesh.
#Satu lagi melalui jln laut Selat Benggal. Jika ada 5 bot mereka akan cuba melalui Thailand yg kemudian di musnahkan 2-3 bot. Mereka akan diasak menaiki satu bot shj. Bot yg dinaiki mencecah 1300 orang. Thailand x benarkan mendarat di Thailand. Mereka hanya boleh melalui perairan antarabangsa shj.
#Bot seterusnya teruskan perjalanan ke Langkawi @ Acheh selama 3 bulan perjalanan. Ada sebahagian nya yg menjadi mangsa pemerdagangan orang dgn membeli dgn harga RM250 shj. Kemudian sendikit ini akan menghubungi keluarga mangsa yg menetap di Malaysia dgn mengenakan bayaran sebanyak RM2000/- jika tak mahu mereka akan dibunuh.
#Sebahagian pelarian dibunuh beramai2 di Selatan Thai dan di Kg Tualang Pokok Sena Kedah.
#Orang Myanmar membakar kedai2, rumah2, masjid dan apa pun kepunyaan orang Islam. Kaedahnya mereka kepong perkampungan orang Islam dan bakar & bunuh semua orang Islam.
#Mengapa mereka lakukan ini semua kepada orang Islam. Cikgu sempat jumpa menteri pertahanan Myanmar dan bertanya kenapa mereka bunuh orang Rohingya. Dia diam selama 2 minit. Kemudian Cikgu tanya lagi lalu dijawab satu perkataan 'Muslim'. Kenapa? Sebab mereka mengancam negara. Cikgu tanya mereka sudah bunuh dari 4 juta orang tinggal hanya 700 ribu sahaja. Bagaimana dia boleh mengancam. Di Cina Budha bunuh Uighur, Di Selatan Thai Budha bunuh orang islam., Di Sri Langka Budha bunuh orang Islam. Akhirnya mereka mengaku Budha tak mampu menandingi kehebatan Islam. Ramai orang tertarik masuk Islam berbanding masuk Budha.
#Ada 65 juta pelarian diseluruh dunia. 62 ℅ adalah orang islam.
#Mapim sedang mengusaha kan utk dapatkan kapal yg boleh hantar bantuan FLOTILLA MAKANAN untuk Myanmar. Perlu RM4 juta utk beli beras, makanan, perubatan dan alatan bantuan. Dan 200 sukarelawan. Sesiapa yg nak pergi perlu bayar RM5K, sihat tubuh badan dan kena sign tiada jaminan utk balik semula.
#10 Januari 2017 akan mula belayar dari Westport Klang. Perjalanan pergi balik 16-17 hari.
#Jika kita x sanggup nak pergi apa sebenarnya yg kita boleh buat.
#Dengan kemungkaran banyak yg kita umat Islam di Malaysia lakukan tidak mustahil Allah akan menguji kita. Sebagaimana orang Islam Myanmar diuji.
#Jgn ingat berleluasanya kemungkaran yg umat Islam Melayu lakukan berleluasanya zina, lahirnya ramai anak luar nikah, sambut perayaan yg bukan-bukan dan lagha, rasuah, salah guna kuasa, menipu, pergaulan bebas, tidak pelihara solat dan pelbagai lagi maksiat dan kemungkaran Allah x pandang, Allah x kisah. Boleh saja jika Allah nak turunkan bala sebagaimana umat Islam di Myanmar dan tempat-tempat lain. Nau'zubillah .
#Sudah2lah dgn perbezaan dan pertengkaran kita orang melayu yg merugikan kita sedangkan ramai umat Islam dibunuh dgn kejam dinegara lain.
#Mari kita doakan saudara seislam kita yg ditindas dan dizalimi di Rohingya, Syria, Ghaza dan diseluruh dunia semoga Allah merahmati menurunkan pertolongan kpd mereka yg aniaya.
Wallahua'lam moga ada manfaatnya.
🌻🕌🌻🕌🌻🕌🌻
✨📝 Sebaran iBK ✨
No comments:
Post a Comment