Tuesday, 29 December 2015
INFO SURAU
INFO SURAU
Kuliah Maghrib
29 Dis 2015 (malam ini)
Surau Darussolahiyah
Ust Aidijonly Hj.Saion
Semua dijemput hadir
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
INFO TUNAS
INFO TUNAS
PERMOHONAN ONLINE SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (SKIM TUNAS) SESI 2016 KINI DIBUKA... MOHONLAH SEKARANG!!!, DI e-tunas.org
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 2016 : 29 FEBRUARI 2016
Permohonan Skim Tunas Selangor Untuk Anak-anak Berumur 5 & 6 Tahun Bagi Sesi Persekolahan 2016 Telah Dibuka.
MOHON SEKARANG,
Borang Permohonan Boleh Diperolehi dan Dihantar Melalui ONLINE http://e-tunas.org/system/daftar/pemohon/tambah.php :-
LANGKAH MUDAH UNTUK PERMOHONAN :-
LANGKAH PERTAMA :
A) SAHKAN PENDAFTARAN ANAK DI Tadika dan Pra Sekolah Berdaftar (Untuk Info Senarai Tadika Berdaftar
sila Layari http://e-tunas.org/modules/addresses/index.php)
ATAU SEMAK MELALUI
B) 56 Pusat Khidmat DUN yang berdekatan (http://mes.selangor.gov.my/modules/content/content.php…)
LANGKAH KEDUA :
A) Mengisi Borang Permohonan Atas Talian di Portal http://e-tunas.org/system/daftar/pemohon/tambah.php :-
LANGKAH KETIGA :
A) Bagi Permohonan YANG TELAH LENGKAP DIISI Sila Pastikan Borang Lengkap DICETAK DAN Dilampirkan Bersama Dokumen Berikut :-
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan
2. Salinan Sijil Kelahiran Anak Pemohon
3. Salinan Slip Gaji @ Surat Akuan Pendapatan Yang Disahkan
4. Salinan Sijil Kematian, Sijil Cerai, Akuan Pesuruhjaya Sumpah
(Sekiranya Perlu)
5. Setiap Borang Hendaklah Dicop Tadika@Pra Sekolah Di Mana Anak
Pemohon Bersekolah.
LANGKAH KEEMPAT :
BORANG Permohonan ONLINE Yang telah dilengkapkan bersama Dokumen Lampiran Boleh Di hantar melalui :
A) Tadika/Prasekolah dimana anak Tuan/Puan Bersekolah
B) 56 Pusat Khidmat DUN berdekatan.
LANGKAH KELIMA :
A) SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PADA ATAU SELEPAS 1 APRIL 2016
#PENTING!!! Permohonan Yang Tidak Lengkap akan menyebabkan permohonan anda tidak dapat diproses segera. Kerjasama Semua Pihak Amatlah Dihargai.
#BantuKamiUntukKamiBantuAnda
Untuk Pertanyaan Lanjut Bolehlah Berbuat Dermikian Segera Di Pentadbiran Ini di Rantaian Mesra Sdn Bhd Bhd, Aras G, Bangunan Darul Ehsan, No 3 Jalan Indah, 40503 Shah Alam atau Hubungi Kami Di Talian 03-55103468/3472.
Terima Kasih.
🍁🌺🍁🌺🍁🌺🍁
Monday, 28 December 2015
Sunday, 27 December 2015
Saturday, 26 December 2015
TAJAAN PENGAJIAN TAHFIZ VOKASINAL DI SMAMAIK
INFO PENDIDIKAN
TAJAAN PENGAJIAN TAHFIZ VOKASINAL DI SMAMAIK
Yayasan Akademi Siswazah (YASIS) ingin menawarkan tajaan pengajian TAHFIZ VOKASIONAL kepada anak-anak yatim yang miskin di Malaysia di SMA Maahad Akademi Islam Kedah (SMAMAIK). SMAMAIK yang akan memulakan operasi pada 2016 menawarkan aliran TAHFIZ dan VOKASIONAL serta sistem akademi berasaskan KBSM.
YASIS sebagai sebuah yayasan yang berdaftar ingin menawarkan tajaan kepada anak-anak yatim yang miskin mengikuti pengajian di SMAMAIK sebagai usaha untuk melahirkan seorang tahfiz profesional yang mampu bersaing dalam arus perdana. Segala yuran sekolah dan yuran asrama akan ditanggung sepenuhnya oleh YASIS.
Syarat permohonan tajaan ialah seperti berikut:
1. Anak yatim lelaki yang miskin.
2. Berumur 13 tahun pada 2016.
3. Mampu membaca Al-Quran dgn lancar.
4. Lulus UPSR.
5. Mempunyai akhlak yang baik.
6. Boleh tinggal di asrama.
Jika tuan/puan mempunyai saudara/jiran atau ahli kariah yang memenuhi syarat di atas, anda bolehlah menghubungi pihak SMAMAIK untuk maklumat lanjut:
Pejabat - 047940395
En Faiz - 0163582764
TEMPAT ADALAH TERHAD!!!!
🌺🌹🌺🌹🌺🌹🌺
Kuliah Subuh - Surau Jangidin (Bkt Kpr Tngh)
INFO SURAU
Surau Jangidin (Bkt Kpr Tngh)
Kuliah Subuh
27/12/2015 Ahad
Ust Noraziz Mudhakir
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Thursday, 24 December 2015
INFO KEMATIAN
INFO KEMATIAN
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun..
Adalah dimaklumkan Hj. Zainal Abidin telah meninggal dunia sebentar tadi. Beliau ialah bapa kpd Cikgu Sabri & Cikgu Rasidah yg beralamat di Lorong Kartinah Jln Iskandar Bkt Kapar.
Semuga rohnya dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT sebanyaknya2..
Takziah kepada ahli keluarganya...
Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ
🌹🍁🌹🍁🌹🍁🌹
Wednesday, 23 December 2015
Selangorkini - Kampung Tradisi Terbaik
INFO BUKIT KAPAR
Selangorkini - Mobile
m.selangorku.com
Oleh: HAFIZAN TAIB
KLANG, 22 DIS: Kampung Bukit Kapar boleh menjadi contoh kepada pembangunan kampung tradisi lain di Selangor ekoran kejayaannya muncul kampung tradisi terbaik Selangor 2015, baru-baru ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata pelbagai inisiatif dilakukan penduduk untuk kemajuan kampung terbabit yang boleh menjadi rujukan kampung atau pihak lain.
"Dua perkara penting diketengahkan melalui hasil lawatan saya ialah perkara kebaikan bagi tujuan pembangunan masyarakat di kampung tradisi di Selangor.
"Ia juga merangkumi perkara berkaitan dengan isu keselamatan kerana dua perkara ini menjadi asas utama dalam sesebuah kampung itu sendiri," katanya kepada Selangor Kini di sini, hari ini.
Dr Ahmad Yunus mengadakan lawatan kerja ke kampung terbabit untuk meninjau program dan aktiviti dijalankan komuniti kampung itu yang melayakkannya muncul juara dalam pertandingan anjuran Kerajaan Negeri.
Katanya, pembangunan teknologi maklumat (IT) digerakkan di situ dipuji dan ia mencontohi semangat Kerajaan Negeri dipelopori Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah Smart Selangor.
"Dalam taklimat, saya melihat whatsapp broadcast group dibina adalah input baik boleh dikongsi masyarakat di kampung lain yang banyak membawa kebaikan.
"Kita boleh menjadikannya sebagai bahan media iaitu maklumat terkini kepada pembangunan atau perkara berkaitan dengan sesebuah kampung itu sendiri," katanya.
Pada awal Disember lalu, Kampung Bukit Kapar muncul kampung tradisi terbaik peringkat negeri dan membawa pulang hadiah RM15,000 dan RM50,000 lagi dalam bentuk geran pembangunan.
Ketua Kampung, Marshadan Mohsin berkata, pelbagai kegiatan bermanfaat dianjurkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) antara penyebab kampungnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
🌺🌸🌺🌸🌺🌸🌺
Tuesday, 22 December 2015
INFO AD-DEEN
INFO AD-DEEN
MENUNTUT ILMU
Hadith “Keutamaan Mempelajari Al Qur’an”
خَـيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْاآنَ وَعَلَّمَهُ
Artinya : ”Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al Qur’an dan mengajarkannya”. (HR. Bukhari)
🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹
Sunday, 20 December 2015
INFO KEMATIAN
INFO KEMATIAN
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun..
Adalah dimaklumkan Nor Hadi Ahmad (Wak Ujang) kariah Jaya Setia telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. In Sya Allah jenazah akan di kebumikan petang ini juga.
Semuga rohnya dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT sebanyaknya2..
Takziah kepada ahli keluarganya...
Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Saturday, 19 December 2015
INFO AD-DEEN
INFO AD-DEEN
Dari Abu Hurairah dan Abu Sa'id r.a., mereka berdua berkata:
"Bahawa Rasulullah SAW besabda (mafhumnya):
'Tidaklah suatu kaum duduk sambil berzikir kepada Allah 'Azza Wajalla, melainkan para malaikat akan menaungi mereka, rahmat akan meliputi ke atas mereka, ketenangan akan turun kepada mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka di hadapan makhluk (para malaikat) yang ada di sisi-Nya."'
[Hadis Sahih Riwayat Muslim]
🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁
INFO SURAU - KULIAH SUBUH
INFO SURAU
KULIAH SUBUH
Ahad 20 Dis 2015
1. Surau DaruI Aman (Kariah Lapis 7)
Guru: Ust Faryzan Subhi
2. Surau Jangidin (Kariah Bukit Kapar Tengah)
Guru: Ust Idris Ali
3. Surau Al-Huda (kariah Bukit Dusun)
Guru: Ust Mohd Ashraf b. Suarin
4. Surau Al-Falah (Kariah Bt. 8)
Guru: Ust Akhyarun Nasabi
Semua dijemput hadir
🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹
INFO KEMATIAN
INFO KEMATIAN
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun..
Adalah dimaklumkan puan Wagiah bt. Tugimin (isteri arwah Wak Adnan) Jalan Paya Barat telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Semuga rohnya dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT sebanyaknya2..
Takziah kepada ahli keluarganya...
Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Wednesday, 16 December 2015
INFO AD-DEEN
INFO AD-DEEN
Hadith Sahih. Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” (HR An-Nasaie)
🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁
INFO SURAU KULIAH MAGHRIB
INFO SURAU
KULIAH MAGHRIB
Surau Assobirin, Seri Jaya
Tarikh - 16/12/2015
Hari - Rabu mlm Khamis
Ustaz Zawawi Dimyati
Pengajian Tapsir AlMunir
Semua muslimin/ muslimat dijemput hadir.....
🌸🌹🌸🌹🌸🌹🌸
INFO USAHAWAN
INFO USAHAWAN
Kepada mana2 peniaga/usahawan yg berminat utk mendapatkn info lanjut berkaitan pinjaman HIJRAH dan prosedur permohonan HALAL oleh bahagian Halal JAIS.
Tarikh: 16/12/2015
Masa: 2:30ptg
Tempat: Foyer SUK (Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam)
Bagi mereka yg berkelayakan memohon pinjaman, sila bawa bersama:
- 2 keping gambar passport
- Salinan IC pemohon & pasangan
- Salinan lesen/permit/ssm
- 3 keping gambar premis/tapak niaga
- Salinan buku simpanan/ penyata bank (muka pertama & 3 bln transaksi terakhir)
- Salinan bil utiliti rumah atau premis
Temui kami di booth Hijrah Selangor sempena "PROGRAM KEPENGGUNAAN PERINGKAT PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI"
💰💰💰💰💰💰💰
INFO KURSUS
INFO KURSUS
Permohonan online maktab perguruan 2016. Semua pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di maktab perguruan bolehlah mula mengisi borang secara online.
Permohona online mula dibuka kepada semua yang berkelayakan pada 17 Februari 2016.
Berikut merupakan butir-butir mengenai permohonan maktab perguruan 2016 ini.
Syarat Kemasukan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2016
- Warganegara Malaysia.
- Umur mestilah tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
- Calon mesti sihat tubuh badan.
- Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Calon mendapat gred cemerlang. Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: i. Bahasa Melayu; danii. Sejarah.
- Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.
Tarikh Tutup Permohonan
8 Mac 2016
Semakan Panggilan Temuduga UKCG 2015
23 hingga 29 Mac 2016
Tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2016
30 Mac hingga 3 April 2016
Semakan Keputusan Maktab Perguruan 2016
Mei 2016
keterangan lanjut: http://www.musadun.com/2015/02/permohonan-maktab-perguruan-2015
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Tuesday, 15 December 2015
INFO AD-DEEN
INFO AD-DEEN
Hadith “Keutamaan Membaca Al Qur’an”
إِقْرَؤُالْقُرْاآنَ، فَإِنَّهُ يَأْتِيْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا لِأَصْحَابِهْ
Artinya : ”Bacalah kamusekalian Al Qur’an, karena sesungguhnya Al Qur’an itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai penolong bagi para pembacanya”. (HR. Ahmad dan Muslim
🌹🍁🌹🍁🌹🍁🌹
INFO KETUA KAMPUNG
INFO KETUA KAMPUNG
Assalamualaikum.
Kepada seluruh AJK JKKK, AJK Masjid At-Taqwa serta Para Petugas untuk misi bantuan mangsa banjir kilat Kg Bukit Kapar diucapkan setinggi2 penghargaan & terima kasih kerana bersama2 membantu mangsa banjir pada kali ini. Kami serahkan keikhlasan tn/pn kepada Allah SWT agar dikurniakan ganjaran berlipat ganda, In Sya Allah - Masadan b. Mokhsin, Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK Kg Bukit Kapar.
💖🌻💖🌻💖🌻💖
Monday, 14 December 2015
INFO AD-DEEN
INFO AD-DEEN
Hadith: Segalanya Terletak Pada Hati
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.
🌻🍁🌻🍁🌻🍁🌻
INFO BANJIR
INFO BANJIR
12 Dis 2015
2330 mlm
PENUTUPAN JALAN
Jln Cerakah ke Puncak Alam.
1. Jln tutup dari simpang Bt8.
2. Jln tutup dari simpang seri Jaya/Kg Bukit Cerakah.
23.40 mlm
Pasukan Bomba Penyelamat dengan bot penyelamat standbye di Pusat Pemindahan mangsa banjir di SRA, Bkt Kpr Barat bagi menghadapi sebarang kemungkinan....
14 Disember 2015
0040 pagi
Dewan SRA Bkt. Kpr. Brt. sedia untuk menerima mangsa banjir.
0130 pagi
Perkembangan terkini mngnai info banjir. Banjir kilat yg mlnda Kg Bkt Kpr mulai surut. Hanya Kariah Hamdani & Kaw Bt 8 yg masih belum surut. Setakat jam 1.20 pagi ini tiada mangsa banjir yg dipindahkn ke Pusat pemindahan di SRA, Bkt Kpr Barat.
0140 pagi
Status pusat pemindahan skrng,bomba dh balik, wakil JKM dah dtg td tp terus pg ke meru 3 & air kuning.
5.50 pagi
keadaan jln besar depan tmn s.cerakah hingga jln kempas masih dlm keadaan belum berapa surut
0722 pagi
Permintaan mesra kpd ajk JKKK & para petugas bagi mngedarkan pax sarapan pagi utk mangsa banjir. Utk itu, seluruh ajk & petugas diminta berkumpul di Bilik Operasi banjir di Balai JKKK pd jam 8.01 pagi.
0722 pagi
Pagi ni semua datang balai jkkk....ada tugasan utk agihan sarapan dan menyantuni mangsa banjir....kalau perlu pindahkan ke pusat pemindahan...t ksh
Sunday, 13 December 2015
INFO BANJIR - Bilik Operasi Bantuan Banjir
INFO BANJIR
Bilik Operasi Bantuan Banjir di Balai JKKK, Jln Iskandar, Kampung Bukit Kapar
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa :
1⃣ Bilik Operasi Bantuan Banjir Kg Bkt Kapar telah dbuka mulai 9 malam ini 13 Disember ...24 jam
2⃣Pusat Pemindahan hanya di SRA Bkt Kapar Barat
3⃣Sebarang pertanyaan urusan bantuan banjir ...sila hubungi no tel. berikut....
1. Masadan B. Mohsin 0193897879 - Ketua Kg
2. Farid B. Banaji 0192246009 - SU
3. Fauzi B. Sachary 0173296113 - AJK
4. Tafsir B. Jaafar 0136083251 - SU
5. Azman B.Sardi 0126886504 - Pusat Pemindahan
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿
INFO MASJID AT TAQWA KULIAH SUBUH
INFO MASJID AT TAQWA
KULIAH SUBUH
14/12/2015 (Isnin)
Ustaz Mohd Akdi Yaakob
Semua dijemput hadir
🌻🌹🌿🌹🌿🌹🌻
Saturday, 12 December 2015
INFO AD-DEEN
INFO AD-DEEN
HADITH:
Ulama' akhir zaman
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿
INFO SURAU - KULIAH SUBUH
INFO SURAU
KULIAH SUBUH
13/12/2015 (Ahad)
1. Surau Hj Jangidin, Bkt Kpr Tngh.
Guru: Hj Amer Senin
2. Surau Darul Aman
Guru: Ust Izwan Baidawi
Semua dijemput hadir
🌻🌹🌿🌹🌿🌹🌻