Saturday 26 December 2015

TAJAAN PENGAJIAN TAHFIZ VOKASINAL DI SMAMAIK

INFO PENDIDIKAN
TAJAAN PENGAJIAN TAHFIZ VOKASINAL DI SMAMAIK

Yayasan Akademi Siswazah (YASIS) ingin menawarkan tajaan pengajian TAHFIZ VOKASIONAL kepada anak-anak yatim yang miskin di Malaysia di SMA Maahad Akademi Islam Kedah (SMAMAIK). SMAMAIK yang akan memulakan operasi pada 2016 menawarkan aliran TAHFIZ dan VOKASIONAL serta sistem akademi berasaskan KBSM.

YASIS sebagai sebuah yayasan yang berdaftar ingin menawarkan tajaan kepada anak-anak yatim yang miskin mengikuti pengajian di SMAMAIK sebagai usaha untuk melahirkan seorang tahfiz profesional yang mampu bersaing dalam arus perdana. Segala yuran sekolah dan yuran asrama akan ditanggung sepenuhnya oleh YASIS.

Syarat permohonan tajaan ialah seperti berikut:

1. Anak yatim lelaki yang miskin.
2. Berumur 13 tahun pada 2016.
3. Mampu membaca Al-Quran dgn lancar.
4. Lulus UPSR.
5. Mempunyai akhlak yang baik.
6. Boleh tinggal di asrama.

Jika tuan/puan mempunyai saudara/jiran atau ahli kariah yang memenuhi syarat di atas, anda bolehlah menghubungi pihak SMAMAIK untuk maklumat lanjut:

Pejabat - 047940395
En Faiz - 0163582764
TEMPAT ADALAH TERHAD!!!!
🌺🌹🌺🌹🌺🌹🌺

No comments:

Post a Comment