Tuesday, 29 December 2015

INFO TUNAS

INFO TUNAS
PERMOHONAN ONLINE SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (SKIM TUNAS) SESI 2016 KINI DIBUKA... MOHONLAH SEKARANG!!!, DI e-tunas.org

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 2016 : 29 FEBRUARI 2016

Permohonan Skim Tunas Selangor Untuk Anak-anak Berumur 5 & 6 Tahun Bagi Sesi Persekolahan 2016 Telah Dibuka.
MOHON SEKARANG,

Borang Permohonan Boleh Diperolehi dan Dihantar Melalui ONLINE http://e-tunas.org/system/daftar/pemohon/tambah.php :-

LANGKAH MUDAH UNTUK PERMOHONAN :-

LANGKAH PERTAMA :

A) SAHKAN PENDAFTARAN ANAK DI Tadika dan Pra Sekolah Berdaftar (Untuk Info Senarai Tadika Berdaftar
sila Layari http://e-tunas.org/modules/addresses/index.php)
ATAU SEMAK MELALUI
B) 56 Pusat Khidmat DUN yang berdekatan (http://mes.selangor.gov.my/modules/content/content.php…)

LANGKAH KEDUA :

A) Mengisi Borang Permohonan Atas Talian di Portal http://e-tunas.org/system/daftar/pemohon/tambah.php :-

LANGKAH KETIGA :

A) Bagi Permohonan YANG TELAH LENGKAP DIISI Sila Pastikan Borang Lengkap DICETAK DAN Dilampirkan Bersama Dokumen Berikut :-
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan
2. Salinan Sijil Kelahiran Anak Pemohon
3. Salinan Slip Gaji @ Surat Akuan Pendapatan Yang Disahkan
4. Salinan Sijil Kematian, Sijil Cerai, Akuan Pesuruhjaya Sumpah
(Sekiranya Perlu)
5. Setiap Borang Hendaklah Dicop Tadika@Pra Sekolah Di Mana Anak
Pemohon Bersekolah.

LANGKAH KEEMPAT :

BORANG Permohonan ONLINE Yang telah dilengkapkan bersama Dokumen Lampiran Boleh Di hantar melalui :

A) Tadika/Prasekolah dimana anak Tuan/Puan Bersekolah
B) 56 Pusat Khidmat DUN berdekatan.

LANGKAH KELIMA :

A) SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PADA ATAU SELEPAS 1 APRIL 2016

#PENTING!!! Permohonan Yang Tidak Lengkap akan menyebabkan permohonan anda tidak dapat diproses segera. Kerjasama Semua Pihak Amatlah Dihargai.

#BantuKamiUntukKamiBantuAnda

Untuk Pertanyaan Lanjut Bolehlah Berbuat Dermikian Segera Di Pentadbiran Ini di Rantaian Mesra Sdn Bhd Bhd, Aras G, Bangunan Darul Ehsan, No 3 Jalan Indah, 40503 Shah Alam atau Hubungi Kami Di Talian 03-55103468/3472.
Terima Kasih.
🍁🌺🍁🌺🍁🌺🍁

No comments:

Post a Comment