Monday 29 August 2016

INFO KEMERDEKAAN

INFO KEMERDEKAAN

Sempena menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2016, pihak JKKK Kg Bukit Kapar mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 59 kepada seluruh penduduk Kg Bukit Kapar.

Marilah kita semua menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah swt.

Dengan tema Selangorku : 'Sehati Sejiwa' semoga
menyemarakkan seluruh rakyat malaysia cintakan negara, tidak mengira warna kulit, keturunan mahupun fahaman. Untuk menzahirkan semangat ini marilah kita kibarkan bendera Malaysia di rumah atau di mana saja.

Sempena menyambut hari kemerdekaan tahun ini pihak JKKK dan Masjid At-Taqwa Bukit Kapar menganjurkan program pada 30 dan 31 Ogos 2016 di Masjid At-Taqwa:

1. Kuliah Maghrib Khas
    *'Merdeka yg Hakiki'
2. Solat Hajat Perdana
3. Qiamullail
4. Kuliah Subuh Khas

Dijemput seluruh penduduk Kg Bukit Kapar untuk hadhir
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

No comments:

Post a Comment