*WARKAH GURU KEPADA IBU BAPA*
Ibu bapa yang dikasihi sekalian,
Anak-anak akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. Saya tahu tuan puan bersemangat untuk memastikan anak masing-masing dapat menjawab dengan baik.
Namun, sentiasa ingat, ada di antara anak-anak itu, adalah seorang artis; yang tak perlu memahami matematik.
Ada juga yang berjiwa usahawan, yang tidak peduli pun tentang Sejarah, atau pun Kesusasteraan Inggeris.
Ada juga berkemungkinan ahli muzik, yang mana markah subjek Kimia, tidaklah berharga.
Ada ahli sukan, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek Fizik.
Jika anak anda mendapat markah tertinggi, baguslah. Namun jika tidak, tolonglah jangan rampas keyakinan dan maruah diri mereka.
Katakan pada mereka, tak mengapa, itu hanyalah peperiksaan. Mereka ditakdirkan untuk perkara yang lebih besar dalam hidup
Katakan juga pada mereka, berapa pun yang mereka dapat, anda tetap sayangkan mereka, dan tidak menilai mereka.
Jelaskan juga kepada mereka, redha dengan apa sahaja ketentuan ALLAH SWT. ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.
Terangkan juga kepada mereka, apa saja pekerjaan yang mereka lakukan samada doktor, pensyarah, peguam, peniaga, jurutera, pekerja kilang, mahupun tukang cuci atau tukang sapu atau apa saja semuanya ada nilai kejayaan bila mana mereka meletakkan ALLAH dan RASUL dalam hati mereka.
Sila berbuat begini dan setelah itu, lihat sendiri bagaimana anak anda menguasai dunia. Satu peperiksaan atau markah 90% tidak akan dapat merampas impian mahupun bakat mereka.
Jangan sangka hanya doktor dan jurutera sahaja yang bahagia di dunia ini.
Yang benar,
Guru
Utk para ibubapa.. sgt bermakna buat kami semua ibubapa yg sentiasa mengharapkan kejayaan yg cermerlang pd ank2.. moga ALLAH sentiasa permudahkan urusan ank2 kita utk mengadapi peperiksaan.. Aamiin Ya Rabbal A'lamin..
No comments:
Post a Comment