*INFO KEBERSIHAN*
12.8.2016
PROGRAM BERSIH SEKAMPUNG
Alhamdulillah semalam dan hari ini Ketua Kampung Bkt Kapar bersama ahli Biro Kebersihan, Kesihatan dan Gotong Royong bersama dengan penduduk kampung telah selesai menjalankan aktiviti kutipan sampah sarap yang bertaburan di sepanjang Jalan Iskandar Kg Bukit Kapar. Aktiviti ini dijalankan sebagai satu permulaan usaha untuk menjadikan Kg Bkt Kapar sebagai kampung yang bersih dan indah di pandang.
Saya pasti dan yakin setiap kita sukakan kebersihan dan suka melihat pemandangan yang indah, apatah lagi lagi jika yang bersih dan indah itu kampung kita sendiri. Namun kampung yang besar ini yang mempunyai penduduk lebih daripada 17,000 orang tidak akan dapat dijaga kebersihannya jika tidak mendapat kerjasama yang baik daripada penduduknya. Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk membersihkan, menjaga kebersihan dan memelihara kebersihan. Tidak kira siapa kita, samada pemimpin, pensyarah, doktor, guru, ustaz, murid, peniaga, orang bandar atau orang kampung, tua atau muda....pendek kata semuanya mesti terlibat untuk menjaga kebersihan.
Mungkin ada sebahagian daripada kita berperasaan mengutip sampah ini janggal atau kekok atau pelik atau geli atau merasa hina atau menganggap itu bukan kerja aku atau berkata " takkan aku yang kena kutip sampah", dan kalau ini masih ada dalam diri kita saya pasti masalah kebersihan sukar diselesaikan.
Saya berkeyakinan satu hari nanti kampung Bkt Kapar akan menjadi kampung yang bersih dan indah dipandang dan tangan-tangan kita sendiri yang membersihkan dan memelihara kebersihannya....dan kita bangga dengan apa yang kita lakukan sehingga timbul perasaan dan sikap ' saya bangga mengutip sampah dan malu membuang sampah' kerana pada ketika itu ada dalam dadanya ilmu bahawa ' kebersihan adalah sebahagian daripada iman' dan menjaga kebersihan adalah tuntutan agama dan berpahala.
Alhamdulillah hari ini ada lapan orang yang turut sama dalam aktiviti yang dijalankan , in sha ALLAH satu hari nanti satu kampung akan turut serta kerana saya yakin anda semua tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang ke arah kebaikan kampung sendiri.
*BERSIH SEKAMPUNG*
*INDAH DIPANDANG*
No comments:
Post a Comment