Monday 15 August 2016

PERTANDINGAN GASING PANGKAH TERBUKA SELANGOR 2016

*INFO PERTANDINGAN GASING PANGKAH TERBUKA SELANGOR 2016*

15.8.2016
ALHAMDULILLAH telah selesai Pertandingan Gasing Pangkah Terbuka Selangor yang berlangung selama 2 hari. Tahniah kepada pemenang-pemenang,  *Johan Pasukan JKKK Bukit Kapar (Selangor), tempat kedua Bkt Resak (Pahang), tempat ketiga Kuala Medang (Pahang), tempat ke empat Bkt Kapar A (Selangor)*. Juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 1800.00. Hadiah telah disampaikan oleh Dato Dr Yunus B Hairi (Exco Kerajaan Negeri selangor).

Terima kasih dan tahniah kepada pihak PADAT (Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Selangor), JKKK Kg Bkt Kapar dan Persatuan Gasing Pangkah Tradisional Kg Bkt Kapar kerana dengan jayanya menganjurkan pertandingan.

Apa yang kita harapkan dari pertandingan ini adalah hubungan yang baik terjalin lebih erat di antara Persatuan Gasing Bukit Kapar dengan persatuan gasing dari negeri-negeri lain di samping permainan gasing ini terus terpelihara sebagai adat warisan Melayu. Pertandingan ini juga boleh menggalakkan anak-anak muda menceburi permainan gasing sebagai aktiviti riadhah yang sihat dan menyeronoklan serta pada masa yang sama dapat menghindar daripada aktiviti-aktiviti yang negatif yang merosakkan anak-anak muda pada masa kini seperti dadah, lepak, rempit dan sebagainya.

Moga acara ini akan menjadi acara tahunan dan mendapat sokongan penuh daripada kerajaan negeri melalui PADAT.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya, terima kasih kepada penduduk kampung yang datang memberi sokongan dan mohon ampun serta maaf jika ada sebarang kekurangan dan kesilapan. Moga kita semua dirahmati dan diberkati ALLAH SWT.
🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆

1 comment:

  1. asslamulaikum boleh sy dptkn salah seorng yg menjayakn aktiviti gasing itu?

    ReplyDelete