Friday 16 December 2016

3.8 juta pengguna akan hadapi gangguan bekalan air

INFO SYABAS

https://m.malaysiakini.com/news/366270

3.8 juta pengguna akan hadapi gangguan bekalan air

15 Dis 2016, malam 8:02 (Dikemaskini 15 Dis 2016, malam 8:05)

Sebanyak 814 kawasan sekitar Lembah Klang melibatkan lebih 707,759 akaun atau 3,892,641 pengguna akan menghadapi gangguan bekalan air Isnin depan susulan kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong, Hulu Selangor.

Kawasan-kawasan yang terlibat susulan kerja penyelenggaraan dan pemasangan sistem perlindungan itu adalah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata kerja-kerja TNB itu selama 16 jam bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam akan menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang.

"Kerja-kerja senggaraan ini dilakukan setiap tiga tahun bagi mencegah sebarang kerosakan atau gangguan bekalan elektrik yang tidak terancang di loji-loji rawatan air.

"Bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas kerja penyelenggaraan sistem bekalan elektrik selesai dilaksanakan," kata Mohd Ridhuan dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, pengguna dinasihati untuk menyimpan air yang mencukupi sepanjang tempoh gangguan air sementara itu.

Mohd Ridhuan berkata pengguna boleh merujuk kepada laman web www.syabas.com.my untuk maklumat terperinci berhubung gangguan ini.

- Bernama
🌷🌿🌷🌿🌷🌿🌷

✨📝 Sebaran iBK ✨

No comments:

Post a Comment