Saturday 24 December 2016

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG

23.12.2016
Petang tadi berlaku hujan lebat di sekitar Kelang, Setia Alam, Meru dan Bkt Kapar dan menyebabkan berlaku banjir.
Ta'ziah diucapkan kepada penduduk Kg Bkt Kapar yang terjejas kerana banjir terutamanya Kariah Hamdani kerana bulan ini berlaku banjir 2 kali.
Moga semua yang terlibat dikurniakan kesabaran dan ketabahan dengan dugaan ini.

Makluman kepada rumah yang dimasuki air , dan bertujuan untuk mohon bantuan daripada agensi tertentu, diminta ;

1. Tidak perlu buat laporan polis (laporan polis akan dibuat oleh ketua kampung sebagai mewakili penduduk)

2. Mengisi borang bencana (boleh dapatkan daripada ketua kampung/pengerusi kariah/penolong amil/balai JKKK).

3. Menyerahkan borang bencana yang telah diisi, salinan kad pengenalan dan no talipon kepada Ketua Kampung/ pengerusi kariah atau penolong amil kariah.

Kepada yang mohon surat pengesahan banjir untuk mendapat cuti bekerja bolehlah mendapatkannya di Balai JKKK esok pagi selepas jam 10.00pagi.

Terima kasih

Masadan Mohsin
Ketua Kampung Bukit Kapar
🌹🍃🌹🍃🌹🍃🌹

✨📝 Sebaran iBK ✨

No comments:

Post a Comment