Sunday 19 March 2017

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG

19.3.2017
ALHAMDULILLAH ...Program 3K (Kanival Kampungku Kesayanganku) dan Sambutan Kemuncak 100 Tahun Kg Bukit Kapar telah melabuhkan tirainya.

Terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah Exco Dato Dr Ahmad Yunus B Hairi ( Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi) kerana memilih Kg Bukit Kapar sebagai tuan rumah mewaklili Daerah Klang untuk Program Kanival Kampungku Kesayanganku(3K) tahun 2017. Pejabat Agama Islam Daerah Klang dilantik menjadi urusetia program dan tahniah serta terima kasih diucapkan kepada Tuan PTA Ust Jamali B Adnan dibantu oleh semua kakitangannya kerana berjaya menjalankan tugas dengan amat baik dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, ADUN Meru, PKM, Ahli Majlis, JKKK Bukit Kapar dan Masjid Attaqwa Bkt Kapar serta semua biro-biro yang terlibat.

Pelbagai aktiviti telah berlangsung dengan amat meriah semalam yang banyak memberi banyak manfaat kepada seluruh penduduk Daerah Klang khususnya penduduk Kg Bukit Kapar.

Pihak JKKK dan Masjid Attaqwa Kg Bukit Kapar mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh penduduk kampung kerana hadhir dalam program yang diatur di samping menyertai acara-acara yang dipertandingkan.

Pihak JKKK dan Masjid Attaqwa Bukit Kapar juga mengucapkan ribuan terima kepada pengerusi-pengerusi kariah serta anak-anak buahnya yang terlibat sama menganjur, mengurus serta menyertai semua acara terutamanya acara sukan rakyat. Kariah yang terlibat sama ialah Kariah Masjid, Kariah Darul Aman, Kariah Bkt Dusun, Kariah Bukit Kapar Tengah, Kariah Bt 8, Kariah Tmn Sri Cerakah, Kariah Hj Hamdani, Kariah Sebaya, Kariah Sri Jaya, Kariah Jaya Setia, Kariah Paya Barat dan Kariah Setia Jaya.

Ribuan terima Kasih kepada Kariah Masjid yang mengetuai rewang dan masak serta dibantu Kariah Jaya Setia dan Kariah Tmn Sri Cerakah untuk program kenduri rakyat bagi meraikan 19 pasang pengantin yang dinikahkan dalam program Nikah Perdana. ALHAMDULILLAH masakan mendapat pujian daripada tetamu kerana sedap.

Ribuan terima kasih juga yang buat persembahan iaitu Persatuan Kompang Jawa Darul Aman, Persatuan Seni Cempoling Warisan dan Persatuan Silat Saudara.

Kepada para penyumbang tidak ketinggalan ribuan terima kasih diucapkan samada menyumbang kewangan, barangan atau tenaga iaitu ADUN Meru, Ahli Majlis N42A, pemaju, usahawan, kontraktor, syarikat, restoran,  pekedai dan individu.

Tahniah, dalam pertandingan Anugerah Kariah Terbaik , Kariah Jaya Setia menjadi johannya dan banyak memenangi kategori terbaik, diikuti tempat kedua Kariah Masjid dan ketiga Kariah Batu 8.

Untuk acara sukan rakyat pula lagi sekali Kariah Jaya Setia menjadi juara keseluruhan dan memenangi hadiah Kariah yang paling 'sporting' diikuti tempat kedua Kariah Masjid dan ketiga Kariah Bukit Kapar Tengah.

Jkkk dan Masjid Attaqwa Kampung Bukit Kapar memohon kemaafan kepada semua pihak jika ada sebarang kekhilafan, kesalahan, kealpaan, kekurangan dan kesilapan samada sebelum, semasa dan selepas program ini berlangsung.

Mudah-mudahan usaha murni yang ikhlas dari kita semua ini mendapat kerahmatan, keberkatan dan ganjaran ALLAH SWT serta mendapat keampunan jika terdapat kesalahan.

Marilah kita semua seluruh penduduk Kg Bukit Kapar bersama-sama bersatu hati, berganding bahu , mengenepikan sebarang perbezaan untuk terus membangun, memaju dan memakmurkan kampung kita berasaskan SYARIAT ALLAH dengan berpandukan ALQURAN dan ASSUNNAH agar visi kampung kita yang bermotokan KASIH SAYANG... KAMPUNG YANG MENDAPAT KEBAIKAN DAN KEAMPUNAN ALLAH SWT yang selari dengan visi kerajaan negeri akan dapat tercapai.

Terima kasih

Masadan bin Mohsin
Ketua Kampung Bukit Kapar

MEMBANGUN UMMAH MEMAKMUR NEGERI

✨📝 Sebaran iBK ✨

No comments:

Post a Comment