Thursday, 2 March 2017

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) m

*INFO KERAJAAN NEGERI SELANGOR*

APAKAH SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) merupakan salah satu program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Skim yang semakin mendapat tempat di hati rakyat negeri Selangor ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008.

Skim khairat kematian SMUE ini diwujudkan bagi membantu meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan simati seperti menampung kos pengurusan jenazah dan kos-kos lain dalam urusan pengebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang simati dan sebagainya.

Tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka, ia adalah pemberian percuma kerajaan Negeri Selangor kepada warga emas dan OKU yang layak. Apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh lah menuntut dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka telah didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.

*Syarat Kelayakan Memohon?*

1. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
2. Sama ada;
2.1 Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
2.2 Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan; ATAU
3. Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor).

*Adakah Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur layak?*

Bermula pada 1 haribulan Januari 2009, mereka yang lahir di Kuala Lumpur sebelum terbentuknya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) atau dalam kata lain lahir sebelum 1 haribulan Februari 1974 layak untuk memohon.

Beberapa Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen di WPKL telah dilantik untuk menguruskan skim ini bagi manfaat khusus kepada rakyat Selangor yang lahir dan masih menetap di sana.

Sekali lagi ditegaskan, manfaat ini hanya diberikan kepada rakyat Selangor yang berada di WPKL yang lahir sebelum kewujudan wilayah tersebut. Mereka yang lahir selepas 1 haribulan Februari 1974 iaitu selepas terbentuknya WPKL tidak layak sama sekali untuk memohon, mendaftar dan mendapatkan manfaat ini.

*Jangan lepaskan peluang!*

Sehingga 2016, seramai 77,080 warga Selangor telah menerima manfaatknya dengan jumlah peruntukan disalurkan sebanyak RM188,936,500.

Kerajaan Negeri mengajak rakyat untuk menilai dan memastikan bahawa maklumat yang disebarkan adalah betul dan tepat. Paling penting semua program yang diwujudkan adalah untuk manfaat rakyat Selangor.

Adalah suatu yang merugikan apabila rakyat sendiri menafikan hak mereka malahan menyebarkan fakta yang tidak benar sehingga merosakkan imej Selangor serta program-program anjurannya.

Rebutlah peluang dan sertailah setiap program yang diwujudkan agar hasrat Kerajaan Negeri yang peduli ini yang mahukan kekayaan negeri dikongsi dan dinikmati bersama seluruh peringkat masyarakat di negeri ini dapat dicapai.

Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran YAB Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali akan sentiasa prihatin dan peduli terhadap kebajikan rakyatnya dalam membangunkan bangsa dan memakmurkan negeri ini. Pembangunan berkualiti, rakyat dipeduli.

*YB PUAN DR DAROYAH BINTI ALWI*
Exco Kesihatan, Kebajkan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor.

✨📝 _Sebaran iBK_ ✨

No comments:

Post a Comment