INFO KEMALANGAN
11.11.2016
DUA REMAJA MAUT LANGGAR KABEL ELEKTRIK
10 November 2016 11:28 PM
Polis mengangkat mayat salah seorang daripada mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Bukit Kapar, Kapar, Selangor malam ini.
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Dua remaja lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas kepala mereka tersangkut pada kabel tiang elektrik dalam kemalangan di Kampung Bukit Kapar, Kapar, Selangor malam ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kedua-dua mangsa, Fariz Idham Jaafar, 14, dan rakannya Muhammad Azim Azlan, 16, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Mawardi Ahmad berkata, kejadian berlaku selepas motosikal jenis Yamaha 125Z yang dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan sebelum melanggar kabel tiang elektrik yang kendur akibat dihempap pokok tumbang.
“Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk dibedah siasat,” katanya. - UTUSAN ONLINE
✨📝 _Sebaran iBK_ ✨
No comments:
Post a Comment