Sunday 20 November 2016

Majlis Penghakiman Pertandingan Kariah Terbaik Sempena Sambutan 100 Tahun Kampung Bukit Kapar

Info Bukit Kapar:
INFO KAMPUNG BUKIT KAPAR

Alhamdulillah majlis penghakiman pertandingan Kariah Terbaik sempena Sambutan 100 Tahun Kampung Bukit Kapar, telah sempurna dilaksanakan dengan jayanya. Majlis bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 6.15 petang. 12 Kariah telah mengambil bahagian yang terdiri dari Kariah Masjid, Paya Barat, Jaya Setia, Seri Jaya, Sebaya, Hamdani, Taman Seri Cerakah, Batu Lapan, Jangidin, Setia Jaya, Bukit Dusun dan Lapis Tujuh.

Penghakiman dijalan dalam dua sessi iaitu Lawatan dan Temubual. Aspek Kebersihan dan Keceriaan dijalan dengan lawatan ke setiap Kariah, manakala Aspek Agama, Permuafakatan dan Pengurusan dijalankan secara Temubual. Hakim-hakim terdiri dari Encik Ahmad Yusri bin Abdullah (Penghulu Mukim Kapar), Tuan Hj Thaipor bin Hj Noh (Ketua Kampung Meru), Tuan Hj Kahar Muzakkir bon Hj Munawir (Ahli MPK Zon N42A) dan Ustaz Hj Saiful Anuar bin Hj Abdullah Salleh (Pegawai LZS Daerah Klang).

Keputusan Penghakiman akan diumumkan di Acara Kemuncak Sambutan 100 Tahun Kampung Bukit Kapar yang Insya Allah akan diadakan pada awal tahun 2017. 

Penghargaan dan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis Penghakiman pada hari ini 19/11/2016, yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pelaksana, Ahli JKKK Kampung Bukit Kapar, Ahli Jawatankuasa Masjid Attaqwa, Ahli Jawatankuasa Surau/Kariah, Biro Muslimat JKKK  dan Ahli Panel Hakim. Semoga Allah merahmati dan menerima Amal Soleh kita semua. Amin.

Tn Hj Mat Isa bin Harun
Pengurusi Pertandingan Kariah Terbaik Sempena Sambutan 100 Tahun Kampung Bukit Kapar

✨📝 Sebaran iBK ✨

No comments:

Post a Comment