Monday, 28 November 2016

PENYAKIT KUKU DAN MULUT

INFO BKT KAPAR

28.11.2016
PENYAKIT KUKU DAN MULUT
Dimaklumkan oleh Jabatan Veterinar bahawa penyakit kuku dan mulut yang menyerang lembu telah di kesan pada ternakan seorang penternak  Wak Daim/Junoh Lot 6432 Jln Sebaya, di Kariah Sebaya Kg Bkt Kapar. Jangkitan penyakit kuku dan mulut tersebut dikesan telah merebak.

Beberapa langkah pencegahan telah dicadangkan oleh Jabatan Veterinar seperti berikut:
1. Tenakan yang jaraknya 1 km dari tempat berlakunya kes  hendaklah dikuarentin.
2. Penternak hendaklah mengelak dari melawat ternakan orang lain dalam tempoh 28 hari.
3. Pihak Jabatan Veterinar akan melakukan program vaksin fmd kepada ternakan yang jaraknya 1 km hingga 5 km.
4. Semua penternak hendaklah bekerjasama di atas perkara ini.

Sila sebarkan kepada penternak lembu di sekitar Kg Bkt Kapar.

*Makluman dari Dr Suzana (Jabatan veterinar)*
🐂🐄🐂🐄🐂🐄🐂

✨📝 Sebaran iBK ✨

No comments:

Post a Comment