*INFO SMUE*
*SKIM MESRA USIA EMAS/OKU*
Merupakan satu skim khairat kematian yang diwujudkan khusus untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor dengan membantu KELUARGA warga emas /OKU yang layak (memiliki kad OKU JKM & tiada had umur) dan berdaftar yang meninggal dunia. Pendaftaran adalah PERCUMA.
*APAKAH MANFAAT YANG PEROLEHI OLEH WARIS (PENAMA SMUE)?*
Manafaat berjumlah RM 2,500 akan disumbangkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Wang tunai berumlah RM 1,000 akan diberikan kepada penama selepas menerima laporan kematian. Baki RM 1,500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya.
*UNTUK MAKLUMAN*
Kini warga emas boleh melantik mana2 PERTUBUHAN berdaftar sebagai penama untuk menerima manfaat khairat kematian. Contoh: Masjid, Surau dll.
Dokumen diperlukan;
1. Salinan IC warga emas
2. Surat pengesahan pendaftaran pertubuhan
3. Salinan penyata akaun bank
4. Salinan IC ketua pertubuhan
5. Surat Akuan Sumpah melantik pertubuhan sebagai penama
Borang yg perlu diisi;
1. Borang daftar SMUE
2. Borang melantik pertubuhan sebagai penama
Jadi, kalau ada warga emas yang tak nak lantik waris sebagai penama SMUE atas sebab duit dah banyak atau ada masalah dengan waris, boleh cadangkan perkara ini.
🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻
✨📝 _Sebaran iBK_
No comments:
Post a Comment