Thursday, 17 November 2016

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG

17.11.2016
Alhamdulillah..
Hari ini keputusan UPSR diumumkan.

Tips untuk ibu bapa,
+ Cakap pada anak, kita redha dan terima dengan gembira apa sahaja keputusan UPSR anak.

+ Bagi semangat pada anak, selepas ini kita buat yang terbaik di sekolah menengah.

+ Bila anak cakap takut, berdebar sangat dan risau tak capai apa yang di targetkan, cakap pada anak apapun keputusan yang kita dapat, kita tetap bersyukur. Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita.

+ Digalakkan mak ayah hadir sekali ambil keputusan bersama anak. Peluk dan cium dahi anak walau apapun keputusannya.

U - Usah dirisau apa keputusannya, fokus pada penambahbaikan
P - Pilih menjadi Positif untuk maju kehadapan
S - Syukur dan Redha
R - Rapatkan kasih sayang, usah wujudkan pertelingkahan.

Ketua Kampung Bukit Kapar
Masadan bin Mohsin

✨📝 Sebaran iBK ✨

No comments:

Post a Comment