Thursday 17 November 2016

INFO KESIHATAN

KENYATAAN MEDIA

Satu lagi Program Kesihatan Baru Kerajaan Negeri Selangor PERCUMA kepada rakyatnya!

Negeri Selangor sekali lagi kehadapan dalam memberikan kebajikan buat rakyatnya dengan menjadi satu-satunya negeri dalam Malaysia ini yang melaksanakan program saringan kesihatan secara percuma.

Pagi ini berlangsung Majlis Pelancaran Program Saringan Sihat Selangor (3S) yang disempurnakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, YB Dr Daroyah Alwi bertempat di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dalam program ini, pemeriksaan akan dibuat merangkumi 5 jenis ujian iaitu ujian profil lipid, glukosa, fungsi ginjal, fungsi hati dan pemeriksaan khas bagi golongan lelaki iaitu pemeriksaan kanser prostat melalui Prostate Spcific Antigen (PSA).

Untuk tahun ini (2016), seramai 4400 penjawat awam bakal menerima manfaatnya secara percuma. Program kerjasama Universiti Selangor (Unisel) ini akan digerakkan ke seluruh 12 Pihak Berkuasa Tempatan Dan 9 Pejabat Tanah Dan Daerah sehingga hujung tahun.

Bagi tahun 2017 nanti, program ini akan diperluaskan kepada rakyat negeri Selangor juga secara percuma.

Objektif pelaksaan Program 3S ini tidak lain tidak bukan adalah bagi menggalakkan rakyat Selangor menjalani pemeriksaan berkala dan meningkatkan kesedaran awal dan mengurangkan kadar peningkatan NCD di Selangor.

Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan kos rawatan pada masa akan datang dengan mengambil tindakan awal pencegahan dan sekaligus memperlihatkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kesihatan rakyatnya.

Dalam program hari ini dijangka seramai kira-kira 400 penjawat awam bakal menerima manfaatnya.

YB DR DAROYAH ALWI
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga.

✨📝 _Sebaran iBK_ ✨

No comments:

Post a Comment