Wednesday, 2 November 2016

BERIADAH SAMBIL BERAMAL 2016

*INFO KETUA KAMPUNG*

*BERIADAH SAMBIL BERAMAL 2016*
*ANJURAN: KARIAH PAYA BARAT BERSAMA JKKK KG BUKIT KAPAR

*INFO PROGRAM*
Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan dana yang akan disalurkan kepada pihak2 yang memerlukan (spt. anak yatim, ibu tunggal dll) di kariah Paya Barat.

*Aktiviti 1(Pagi) : Pertandingan Memancing Tradisional*
- Peserta *tidak dibenarkan* menggunakan mesin pancing.
- Hanya satu mata kail untuk setiap joran.
- Peserta hendaklah membawa joran sendiri.
- Yuran : Dewasa (16thn keatas) ialah RM10.00.
- Yuran : Kanak2 (sehingga umur 15thn) ialah RM3.00.
- Hadiah sehingga tempat ke10 untuk setiap kategori.
- Pemenang adalah berdasarkan ikan terberat.
- 1 hadiah bonus : Ikan istimewa. Akan ditentukan oleh juri.
- *Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari pertandingan.*

*Aktiviti 2 (Petang) : Pertandingan Melastik Tradisional*
- Peserta hanya boleh menggunakan tangkai lastik yg berbentuk *Y* sahaja.
- Yuran : Dewasa (16thn keatas) ialah RM10.00.
- Yuran : Kanak2 (10thn-15thn) ialah RM3.00.
- Hadiah sehingga tempat ke10 untuk setiap kategori.
- Pemenang adalah berdasarkan kiraan mata yang paling tinggi.
- *Kanak2 dibawah umur 10thn tidak dibenarkan atas faktor keselamatan.*
- Sasaran melastik : Tin susu.
- 3 jarak melastik : 20kaki, 25kaki dan 30kaki.
- Peserta digalakkan membawa lastik sendiri. Sekiranya tiada, ada individu yang akan meminjamkan lastik.
- Peluru lastik (guli) akan disediakan oleh penganjur.
- *Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 12/11/2016*

*Aktiviti sampingan 1 (Pagi) : Teka Biji Betik*
- Terbuka untuk semua.
- Yuran : RM3.00 untuk setiap tekaan.
- 1 hadiah disediakan utk tekaan yg tepat @ terdekat.
-Duit yuran akan di dermakan kepada tabung surau
- *Daftar pada hari pertandingan*

*Aktiviti sampingan 2 (Pagi) : Pertandingan Mengumpul Sampah*
- Untuk kanak2 12thn dan kebawah sahaja.
- *Tiada yuran dan pendaftaran.*
- 3 hadiah disediakan untuk sampah yang terbanyak.
- Plastik sampah akan disediakan oleh penganjur.

*# Syarat-syarat pertandingan yang lengkap akan diumumkan pada hari pertandingan.*
-Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

*## Untuk pendaftaran awal sila datang ke warung En. Isa yg bertempat dipersimpangan Jln Abdul Latif & Jln Hampa.*
Waktu pendaftaran :
8.00pagi-10.00pagi (kecuali hari isnin)
9.00mlm-11.30mlm (kecuali ahad malam isnin)

*Marilah sama-sama kita menyumbang kerana Allah untuk kesejahteraan umat*

✨📝 _Sebaran iBK_ ✨

No comments:

Post a Comment